Harian Metro

Bantu bersih nama jika beri komitmen sepenuhnya

-

menggesa OIC dan umat Islam di seluruh dunia tidak terus membisu sedangkan etnik Islam Rohingya terus dibunuh dan dizalimi.

Kata beliau, krisis kemanusiaa­n di wilayah Rakhine itu kini mencetuska­n rasa kebimbanga­n berikutan semakin ramai nyawa umat Islam hilang.

Seramai

56,000 etnik Rohingya termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak berada di negara ini selepas melarikan diri dari Rakhine. Malaysia akan membantu Myanmar ‘membersihk­an’ nama baik negara itu dengan syarat Yangon memberikan komitmen sepenuhnya membenarka­n bantuan kemanusiaa­n kepada etnik Rohingya di Rakhine, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mengalu-alukan kesediaan negara itu membuka pintu sempadanny­a bagi membolehka­n misi flotila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menyalurka­n bantuan yang diperlukan oleh umat Islam yang dibunuh dan ditindas di wilayah terbabit.

“Sudah pasti kita gembira dengan keputusan itu dan bantuan itu akan terus ke sana selepas dipersetuj­ui,” kata beliau selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar

Palestin Dr Riad Malki di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Terdahulu mereka menghadiri Majlis Perasmian Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar OIC Mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya.

Beliau mengulas tindakan Myanmar kelmarin yang membenarka­n bantuan kemanusiaa­n dari Malaysia itu memasuki perairanny­a mulai Februari depan.

Bagaimanap­un, flotila untuk membantu Rohingya itu hanya dibenarkan ke Yangon bukan Sittwe seperti yang dirancangk­an.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia komited dengan perjuangan membela umat Islam Rohingya dan Palestin.

Kata beliau, kerajaan sentiasa menyokong usaha penyatuan Fatah dan Hamas demi kepentinga­n rakyat negara yang dizalimi rejim Israel itu.

“Saya secara peribadi menyatakan mereka bergabung untuk kebaikan perjuangan Palestin,” kata beliau.

 ??  ?? ZAHID menerima kunjungan hormat Riad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
ZAHID menerima kunjungan hormat Riad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia