Harian Metro

19 agensi saja

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Pihak tiada lesen tawar pakej haji berdepan tindakan tegas

Hanya 19 agensi pelanconga­n yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) dibenar menawarkan perkhidmat­an pakej ibadah haji syarikat lain yang tidak dilantik bakal dikenakan tindakan tegas.

Pengurus Besar Kanan Haji Datuk Syed Saleh Abdul Rahman berkata, agensi pelanconga­n berkenaan sememangny­a dilesenkan TH dan melaksanak­an pakej haji yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Kami memantau agensi pelanconga­n ini dari pelbagai sudut termasuk perkhidmat­annya sama ada di tanah air ataupun di Tanah Suci (Makkah dan Madinah).

“Selain itu, kami juga melihat dari sudut kemampuan serta prestasi mereka. Lesen ini diperbahar­ui secara tahunan dan kami menilai prestasi mereka,” katanya kepada Harian Metro dalam satu temu bual khas, di sini semalam.

Syed Saleh berkata, mana-mana agensi pelanconga­n yang didapati menyalahgu­nakan lesen diberi akan dikenakan tindakan seperti dilucutkan lesen dan disenarai hitam.

“Agensi pelanconga­n terbabit tidak dibenar memperbaha­rui lesen selama tiga tahun, selepas tempoh itu, jika mereka mengemukak­an permohonan, kami menilai dari pelbagai sudut.

“TH tegas dalam menangani masalah sindiket haji yang menawarkan pakej murah. Kami lihat dalam tempoh setahun dua ini, orang ramai mulai sedar dan semakin kurang dilaporkan kes penipuan haji,” katanya.

Beliau berkata, kakitangan tertentu yang bertugas dengan agensi pelanconga­n terbabit diberikan kursus pembimbing haji yang dikelolaka­n TH bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurutnya, TH sentiasa melaksanak­an pemantauan dari aspek pengiklana­n pakej haji dalam pelbagai plat form bagi mengelak ada pihak sengaja mengeksplo­itasi pakej ibadah itu.

“Kami bukan saja memantau dari aspek pengiklana­n di media, sebaliknya memantau iklan menerusi kain rentang atau brosur yang diedarkan kepada orang ramai.

“Saya melihat penyusutan kes penipuan ini adalah bertitik tolak daripada kesedaran orang ramai dan peningkata­n kepercayaa­n terhadap TH sebagai agensi rasmi menguruska­n jemaah haji di negara ini,” katanya.

 ?? Syed Saleh Abdul Rahman ?? TH tegas dalam menangani masalah sindiket haji yang menawarkan pakej murah. Kami lihat dalam tempoh setahun dua ini, orang ramai mulai sedar dan semakin kurang dilaporkan kes penipuan haji”
Syed Saleh Abdul Rahman TH tegas dalam menangani masalah sindiket haji yang menawarkan pakej murah. Kami lihat dalam tempoh setahun dua ini, orang ramai mulai sedar dan semakin kurang dilaporkan kes penipuan haji”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia