Harian Metro

13 hari berkempen Tiada PRK DUN Sungai Tawar

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N 03 Tanjong Datu, Sarawak mempunyai tempoh selama 13 hari untuk berkempen sebelum menghadapi­nya pada Sabtu 18 Februari depan.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK berkenaan mencapai 75 peratus atau lebih ramai pengundi yang menunaikan tanggungja­wab masing-masing.

“Kita akan menggalakk­an

Putrajaya: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Sungai Air Tawar, Selangor. Itu keputusan yang diambil Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) selepas perkara itu turut dibincangk­an dalam Mesyuarat Khas Berhubung PRK Tanjong Datu, Sarawak di Ibu Pejabat SPR di sini, semalam.

Pengerusin­ya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR sudah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan mereka untuk keluar mengundi kerana ia adalah sangat mustahak. Jadi, dari semasa ke semasa kita akan beri galakan ini dan menguar-uarkan mengenai mengenai kekosongan luar jangka kerusi berkenaan kelmarin berikutan penyandang­nya Kamarol Zaki Abdul Malik, 58, meninggal dunia Selasa lalu.

“Dalam perkara ini, Speaker memaklumka­n kekosongan itu tidak menjejaska­n kekuatan majoriti yang membentuk Ahli DUN Selangor.

“Oleh itu, SPR memutuskan tiada PRK diadakan bagi mengisi kekosongan itu berdasarka­n peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959,” katanya. perkara itu sepanjang tempoh kempen ini supaya mereka sedar kepentinga­n keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas berhubung PRK Tanjong Datu, Sarawak di Ibu Pejabat SPR di sini, semalam.

Kerusi DUN Tanjong Datu kosong susulan kematian penyandang­nya, Tan Sri Adenan Satem, 72, pada 11 Januari lalu di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, Sarawak akibat komplikasi jantung, empat hari selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dalam Pilihan Raya Nergeri Ke-11 (PRN-11), Mei tahun lalu Adenan memperoleh kemenangan bergaya apabila memperoleh majoriti 5,892 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan.

Adenan mendapat 6,360 undi berbanding Jazolkipli yang meraih 468 undi pada pilihan raya itu, sekali gus menyebabka­n calon PKR terbabit hilang desposit.

Sementara itu, Mohd Hashim berkata, SPR menetapkan hari penamaan calon pada 4 Februari depan manakala tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 12 Februari.

Katanya, SPR akan menggunaka­n Daftar Pemilih Induk (DPI) 2016 yang digabungka­n dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) sehingga suku kedua 2016 yang dikemas kini sehingga 11 Januari lalu.

Menurutnya, ia mengandung­i 9,959 pemilih berdaftar membabitka­n 9,771 pemilih biasa dan 188 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis/pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).

„ PRK Tanjong Datu bakal berlangsun­g pada 18 Februari depan

 ??  ?? MOHD Hashim (kiri) menyerahka­n surat pelantikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya N03 Tanjong Datu, Sarawak, Hamsein Atardi.
MOHD Hashim (kiri) menyerahka­n surat pelantikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya N03 Tanjong Datu, Sarawak, Hamsein Atardi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia