Harian Metro

Dua kali hias kalendar

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Anggota bomba kurus kering kini berbadan sado, sekali gus tingkat keyakinan diri

Jika dahulu badannya kurus kering namun kini bentuk badannya boleh dibanggaka­n sehingga terpilih untuk menghiasi kalendar 2017 keluaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ini bukan kali pertama Sairul Hafiz Said, 35, terpilih untuk menjadi model bagi kalendar yang menjadi kebanggaan jabatan itu kerana mukanya pernah terpampang pada kalendar 2013.

Sairul ketika ditemui berkata, tidak timbul rasa riak dengan kelebihan yang ada pada dirinya, namun pemilihan beliau sebagai salah seorang model dianggap sebagai tanggungja­wab dan tugas kepada jabatan.

Bapa kepada tiga anak lelaki itu berkata, mempunyai badan sado memberi keyakinan kepada dirinya berbanding ketika mula-mula menyertai pasukan bomba pada 2007.

“Saya menyertai bomba pada 2007 dan mendapat latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai, Terengganu sebelum ditugaskan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah sehingga sekarang.

“Ketika itu badan saya kurus kering menyebabka­n rasa kurang yakin dan rendah diri dengan keadaan fizikal memandangk­an kerja sebagai seorang anggota bomba memerlukan badan yang kuat dan stamina yang tinggi,” kata anak jati Temerloh, Pahang itu. Jelas beliau, pada 2008, dia mula berjinak-jinak untuk membina badan sebelum menyertai pertanding­an Mr Wonderfull Bomba pada 2013 di Terengganu dan mendapat tempat kedua.

“Pada mulanya kalendar ini dikeluarka­n untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tugas bomba dan peralatan yang digunakan.

“Penggambar­an tugas dan peralatan ini memerlukan model yang sesuai, tampak berani dan gah bagi menunjukka­n ciri-ciri anggota bomba yang sentiasa berdepan dengan tugasan berat selain perlu bersiap sedia 24 jam sehari.

“Bagaimanap­un, masyarakat seolah-olah lebih tertarik dengan model sado berbanding alatan yang digunakan,” katanya dalam nada bergurau.

Menurut Sairul, dia menjalani penggambar­an untuk kalendar berkenaan selama tiga hari pada Disember lalu di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya dan di Unit Udara JBPM di Subang.

“Ini kali kedua saya terpilih untuk menjadi model kalendar dan mula terkenal dalam kalangan rakan serta ahli keluarga.

“Saya bangga kerana dapat menyumbang kepada jabatan dan menganggap pemilihan saya sebagai tanggungja­wab dan tugas.” katanya yang pernah terbabit dengan penggambar­an drama bersiri Hero yang diterbitka­n di saluran TV2 bermula September lalu.

Beliau berkata, Pengarah JBPM Kuala Lumpur Khiruddin Drahman sangat memberikan sokongan kepadanya dan rakan lain untuk menjaga kesihatan dan tampil dengan bentuk badan yang cantik.

“Penampilan kami memberi gambaran kepada imej jabatan dan daripada penampilan ini akan memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk mempercaya­i anggota dan pegawai bomba melakukan tugas dan operasi.

“Jika terdapat pertanding­an, pihak atasan akan membiayai kos untuk latihan di gimnasium selain turut memberi pelepasan tugas mengikut kesesuaian kepada yang terpilih.

“Selain menjalani latihan lima kali seminggu selepas waktu kerja untuk memastikan tahap kesihatan berada di tahap baik, saya juga turut mengajak rakan lain untuk menyertai saya.

“Selain membina badan, saya juga perlu memastikan stamina saya sentiasa stabil dengan melakukan aktiviti di luar gym dan menyertai aktiviti riadah anjuran jabatan,” katanya yang menghabisk­an kira-kira RM1,200 sebulan untuk mengekalka­n bentuk

badan dan stamina.

 ??  ?? SAIRUL (tengah) bangga kerana dapat menyumbang kepada JBPM.
SAIRUL (tengah) bangga kerana dapat menyumbang kepada JBPM.
 ??  ??
 ??  ?? SAIRUL menunjukka­n kalendar 2017
JBPM.
SAIRUL menunjukka­n kalendar 2017 JBPM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia