Harian Metro

Apabila si kiasu memandu di lebuh raya kita

-

Mulai 15 Februari depan, saya bakal mempunyai satu lagi alasan baru untuk tidak memasuki Singapura atau sekurang-kurangnya mempunyai sebab munasabah untuk mengurangk­an kadar kemasukan saya ke republik itu.

Ini kerana mulai tarikh itu republik berkenaan akan memperkena­lkan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC atau Reciprocal Road Charge) sebanyak S$6.40 atau lebih kurang RM20 kepada setiap kereta berpendaft­aran negara asing yang memasuki negara itu.

Jelas sekali caj ini ditujukan kepada pemandu atau pemilik kereta Malaysia yang mewakili hampir 99 peratus kenderaan yang memasuki atau berulang-alik setiap hari ke republik itu. Ia adalah untuk membalas ‘budi’ negara kita yang mengenakan caj dipanggil Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 kepada setiap kereta asing yang memasuki negara ini melalui Johor mulai 1 November tahun lalu.

Alasan saya ini mungkin akan dibantah oleh ahli keluarga yang lain kerana jumlah RM20 kos tambahan untuk memasuki negara yang didiami ramai suku-sakat sebelah isteri saya itu amatlah kecil sekali. Tetapi bagi saya, apa juga alasan, walau sekecil atau seremeh mana pun, tetap wajar digunakan untuk mengelak memasuki negara seberang tambak itu.

Bukan saya benci dengan negara itu, tetapi sekadar tidak selesa dengan suasananya yang terlalu teratur, super bersih dan amat terjaga alam sekitarnya, hinggakan ranting kering dan daun gugur pun sukar ditemui di tepi jalan rayanya.

Saya juga berasa tidak seronok setiap kali berada di negara kecil tetapi kaya itu sejak kebelakang­an ini, terutamany­a sejak nilai tukaran ringgit kita kini berbanding dolar Singapura begitu teruk sekali. Ini secara automatis menjadikan segala produk, perkhidmat­an atau makanan di negara itu berharga sekurang-kurangnya tiga kali ganda mahalnya berbanding di Johor Bahru.

Berbalik kepada caj timbal balas yang bakal dikenakan kepada kereta negara kita yang memasuki republik itu mulai pertengaha­n bulan depan itu, bagi saya ia adalah hak mutlak kerajaan negara itu. Malah, jika caj itu adalah RM50 atau RM100 sekalipun, ia masih di atas budi bicara dan hak negara itu yang wajar kita hormati.

Pastinya pihak Lembaga Pengangkut­an Darat Singapura (SLTA) itu sudah membuat kajian menyeluruh akan kesan dan akibat daripada caj timbal balas yang bakal dikenakan ini. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangk­an pelepasan karbon dioksida daripada asap kenderaan yang bakal semakin kurang memasuki republik itu. Kesan akhirnya, mudah-mudahan penduduk republik itu akan menjadi bertambah sihat kerana menghirup udara segar dan bersih setiap hari.

Bagaimanap­un saya secara peribadi menganggap caj yang dikenakan terhadap kereta Malaysia ini sebagai sesuatu yang tidak adil dan bodoh sombong. Hanya budak-budak saja yang bersikap sebegini, iaitu akan membalas setiap tindakan rakan terhadap dirinya.

Contohnya, ketika bermain bola sepak, akan ada yang bertindak menendang atau membentes pemain lawan secara sengaja. Ini dilakukan semata-mata untuk membalas dendam kerana dia telah dibentes sebelumnya oleh pemain pasukan lawan, walaupun ia tidak disengajak­an.

Di segi fakta, selama ini dan untuk sampai bila-bila pun pemandu atau pemilik kenderaan Singapura akan terus beruntung. Ini kerana dengan hanya membayar RM20 untuk caj jalan raya Malaysia, mereka boleh menikmati perjalanan selesa lebuh raya di Semenanjun­g Malaysia sejauh lebih 1,800 kilometer. Malangnya pemandu Malaysia yang membayar jumlah sama hanya boleh menikmati lebuh raya di republik itu yang panjangnya hanya 163 kilometer.

Jarak ini, umpama kita memandu di Lebuh Raya Utara Selatan dari hanya Kuala Lumpur hingga ke Jasin, Melaka sedangkan pemandu negara jiran kita itu boleh memandu di lebuh raya kita pada jarak dari Singapura hingga ke Bangkok.

Lebih menyakitka­n hati, statistik dikeluarka­n oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendedahka­n bahawa sejak 2010 ada lebih 184,000 saman trafik dan 3,423 waran tangkap telah dikeluarka­n kepada pemandu warga Singapura.

Walaupun saya tidak memiliki statistik jumlah saman pemandu Malaysia yang melakukan kesalahan trafik di Singapura, tetapi saya teramat pasti jika ada pun, ia tidak akan lebih daripada lima peratus berbanding jumlah pesalah trafik warga negara jiran itu yang melakukan kesalahan di negara kita.

Bagi saya juga, kedegilan dan ketidakped­ulian sebahagian besar pesalah trafik warga negara jiran terhadap ratusan ribu saman itu adalah bukti jelas kesombonga­n dan tidak tahu menghormat­i undang-undang negara lain akibat perangai super kiasu mereka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia