Harian Metro

Berhikmah beri nasihat

-

„ Leteran demi leteran hanya menyebabka­n orang jadi bosan

Ramai orang mempunyai niat yang baik untuk menegur mereka melakukan kesalahan atau kemungkara­n. Namun, dengan niat yang baik semata-mata tidak mencukupi untuk mengubah kemungkara­n. Ia perlu disertai dengan cara yang betul untuk memastikan usaha murni itu berjaya.

Manusia di zaman moden gemar merujuk kepada pihak barat dalam hal psikologi. Mereka terlupa teladan terbaik adalah daripada Rasulullah SAW yang ditunjukka­n sejak 1,400 tahun dulu.

Berikut cara Rasulullah SAW menyampaik­an nasihat:

Bersoal jawab

Rasulullah SAW: Bagaimana pendapat kamu, seandainya ada sungai di depan pintu seorang daripada kamu, lalu dia mandi lima kali setiap hari di dalamnya, apakah kamu menganggap masih ada kekotoran tertinggal padanya?

Sahabat: Tidak akan ada kotoran yang tertinggal sedikit pun padanya.

Rasulullah SAW: Seperti itu pula halnya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah akan menghapusk­an semua kesalahan.

Hadis ini diriwayatk­an oleh al-Bukhari dan Muslim. Pengajaran­nya, jika segala nasihat datang dari mulut kita semata-mata, orang yang kita beri nasihat kadangkala terlalai. Tetapi, dengan bersoal jawab kita mengikat perhatian mereka terhadap apa yang kita cuba sampaikan.

Tidak berterusan menyampaik­an nasihat

Abu Daud meriwayatk­an daripada Jabir bin Samurah RA katanya: “Rasullulla­h SAW tidak memanjangk­an nasihat pada hari Jumaat. Nasihatnya beberapa patah saja.”

Perhatikan dalam hukum ibadat. Ada sesetengah waktu yang diharamkan bersolat seperti selepas solat Asar.

Ada ulama mengatakan hikmahnya adalah bagi mengelakka­n perasaan bosan kerana berterus-terusan dalam ibadat.

Kaedah ini menunjukka­n

leteran demi leteran hanya menyebabka­n orang bosan. Akibatnya, nasihat anda tidak dapat diterima dengan baik kerana mengalami kebuntuan.

Membuat perumpamaa­n

Daripada Abu Musa RA, Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Perumpamaa­n orang Mukmin yang membaca al-Quran seperti utrujah (sejenis buah seperti limau). Baunya harum dan rasanya sangat lazat. Dan orang Mukmin yang tidak (kurang suka) membaca al-Quran bagaikan kurma. Baunya tiada, namun rasanya manis.

“Dan orang munafik pula yang suka membaca al-Quran ibarat raihanah (sejenis tumbuhan). Baunya harum namun rasanya pahit. Dan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran bagaikan hanzalah, tidak berbau sama sekali dan rasanya sangat pahit.” (Riwayat al-Bukhari)

Perumpamaa­n adalah satu cara untuk memberikan gambaran mental yang lebih jelas kepada seseorang. Tindakan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang biasa seseorang lakukan ataupun yang ada di sekeliling­nya akan dapat menarik perhatian.

Dalam bidang pendidikan, guru digalakkan membuat induksi set iaitu teknik memperkena­lkan sesuatu tajuk pelajaran bagi menarik perhatian serta mendorong pelajar sebelum suatu sesi pengajaran dan pembelajar­an bermula.

Satu daripada kaedahnya adalah mengaitkan pengetahua­n sedia ada dengan perkara yang akan diajar. Cara itu membuatkan murid lebih jelas mengenai perkara yang diajar.

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 ??  ?? PERHUBUNGA­N manusia yang kompleks menuntut pendekatan yang bijak
PERHUBUNGA­N manusia yang kompleks menuntut pendekatan yang bijak
 ??  ??
 ??  ?? Bersama Hilmi Isa
Bersama Hilmi Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia