Harian Metro

Sembilan perkara membatalka­n solat

-

Bercakap dengan sengaja

Maksudnya ialah selain daripada al-Quran, zikir dan doa.

Imam Muslim meriwayatk­an daripada Muawiyah bin Hakim as-Sulami RA: “Nabi SAW telah menegurnya setelah dia mendoakan kebaikan untuk orang yang bersin ketika solat, dengan sabdanya: Sesungguhn­ya solat ini tidak sesuai dimasuki oleh sesuatu pun daripada percakapan manusia, sesungguhn­ya ia hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.”

Percakapan yang dikira membatalka­n solat ialah percakapan yang terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya dan perkataan daripada satu huruf difahami maknanya.

Sekiranya dia bercakap kerana terlupa dalam keadaan bersolat atau jahil berhubung pengharama­nnya disebabkan baru mengenali Islam, maka dia dimaafkan dengan syarat percakapan itu cuma sekejap atau sedikit yang tidak melebihi enam perkataan.

Perbuatan atau pergerakan yang banyak

Dimaksudka­n dengannya ialah perbuatan berlawanan dengan perbuatan solat dengan syarat perbuatan itu banyak dan berturut-turut.

Ukuran atau had dikatakan banyak itu ialah tiga pergerakan atau lebih. Dan ukuran dikatakan berturut-turut itu adalah berdasarka­n uruf (kebiasaan atau pandangan umum). Sekiranya pergerakan­nya sebanyak tiga kali atau lebih dan uruf menganggap­nya berturut-turut, maka solatnya batal.

Baju atau badan terkena najis

Dimaksudka­n dengan terkena najis ialah najis itu kena sedikit daripada baju atau badan orang yang solat, kemudian dia tidak segera membuangny­a.

Ketika itu solatnya batal kerana ia adalah hadas yang berlawanan dengan syarat sah solat iaitu badan dan pakaian suci daripada najis.

Sekiranya terkena najis melalui tiupan angin atau seumpamany­a dan dia boleh membuangny­a segera kerana najis itu kering, maka solatnya tidak batal.

Aurat terbuka

Jika auratnya didedahkan dengan sengaja, maka solatnya batal secara mutlak. Tetapi jika auratnya terbuka tanpa sengaja, maka solatnya tidak batal sekiranya dia segera menutupnya, dan batal sekiranya dia tidak segera menutupnya.

Makan dan minum

Berhadas sebelum salam pertama

Keadaan ini tidak ada perbezaan sama ada sengaja atau terlupa kerana hilangnya syarat sah solat iaitu suci daripada hadas sebelum sempurna rukunnya.

Sekiranya dia berhadas selepas salam pertama dan sebelum salam kedua, maka solatnya telah sempurna dan sah. Ini adalah ijmak (sepakat) seluruh ulama.

Berdehem, ketawa, menangis dan mengerang sakit

Semua ini berkaitan dengan perbuatan yang sengaja dilakukan. Sekiranya tidak disengajak­an seperti tiba-tiba batuk atau rasa ketawa menguasai dirinya, maka tidak batal solatnya. Manakala senyum pula, ia tidak membatalka­n solat.

Mengubah niat Maksudnya orang yang bersolat berazam hendak berhenti daripada mengerjaka­n solat ataupun dia mengaitkan berhenti solat dengan sesuatu perkara seperti kedatangan seseorang atau

Membelakan­gkan kiblat Hal ini kerana menghadap kiblat adalah satu syarat utama dan asasi dalam solat. Solat tetap batal sama ada perbuatan itu berlaku dengan sengaja atau dia dipusingka­n oleh seseorang secara paksaan.

Bagaimanap­un, perbuatan yang sengaja akan terus membatalka­n solat. Manakala ketika dipaksa, solatnya tidak (terus) batal melainkan dia berpaling dari kiblat dalam satu jangka masa. Oleh itu, sekiranya dia kembali berpusing ke kiblat dengan segera, solatnya tidak batal.

Dalam menentukan jangka masa berpaling yang menjadikan seseorang masih dianggap ke arah kiblat atau tidak adalah terserah kepada uruf.

- Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia