Harian Metro

10 cara dapat tenangkan hati

- Resah Kuala Lumpur

Saya mempunyai harta yang banyak, kereta mewah dan rumah besar. Namun, saya berasa tidak tenang. Hati saya selalu saja gelisah.

Bolehkah Dr berikan panduan kepada saya supaya hati kembali tenang? Di sini ada beberapa tip yang sekiranya anda amalkan, insya-Allah akan menjadikan hidup anda lebih tenang iaitu:

Solat

Selain sebagai kewajipan, solat adalah sumber ketenangan dan kebahagiaa­n.

Contohilah Rasulullah SAW yang apabila ditimpa kesusahan, Baginda segera solat sunat dua rakaat.

Berzikir

Seseorang akan berkecamuk fikirannya jika hanya berfikir mengenai duniawi. Sendainya dia mengingati Allah secara istiqamah, nescaya hatinya akan sentiasa berasa lapang dan tenang dalam semua keadaan.

Bersahabat dengan orang soleh

Mendamping­i mereka dapat merawat hati yang bermasalah kerana mereka ialah golongan yang dicintai Allah.

Mereka boleh menjadi contoh dan penasihat yang baik.

Bersedekah Bersedekah dapat melatih seseorang bersikap pemurah serta mengikis sifat bakhil. Dengan bersedekah, hati gembira kerana dapat membantu orang, berasa tidak suka melihat orang lain dalam kesusahan sedangkan diri sendiri bersenang-lenang.

Membaca al-Quran Membaca al-Quran bukan saja memperoleh pahala yang besar, bahkan dapat meresapkan ketenangan ke dalam hati.

Iktibar daripada orang susah

Selalulah melihat orang yang lebih susah dan mengambil iktibar daripada keadaan mereka. Cara ini dapat mengikis sikap meninggi diri dan riyak.

Berdoa

Hidup ini dihamparka­n dengan pelbagai ujian, cabaran dan kesukaran. Bekalkan diri dengan kekuatan menerusi doa kepada Allah. Doa adalah senjata orang Mukmin.

Bertawakal

Serahkan setiap urusan kepada-Nya setelah mengusahak­an ataupun menguruska­n sesuatu itu dengan cara terbaik.

Reda

Orang yang beriman kepada qada dan qadar akan reda dengan segala ketentuan Allah.

Bersangka baik

Jangan sekali-kali ada perasaan ragu terhadap Allah. Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik setiap ujian yang menimpa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia