Harian Metro

Tunai haji berulang kali

- Keliru Selangor

Apakah pandangan di sisi agama bagi seseorang yang suka mengerjaka­n haji dan umrah berulang kali?

Sekiranya seseorang yang sudah menunaikan haji, kemudian dia melakukan dosa, adakah hajinya batal? Mengerjaka­n ibadat haji dan umrah hingga beberapa kali tidak ada larangan. Bahkan, ramai umat Islam yang melakukann­ya.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesiapa sukarela mengerjaka­n perkara kebajikan, maka sesungguhn­ya Allah Maha Mensyukuri kebaikan, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 158)

Ibadat umrah lebih kecil pahalanya berbanding haji. Umrah tidak terikat dengan waktu. Pada bila-bila saja ada kesempatan boleh melakukann­ya.

Umrah dinamakan alhajjul asghar (haji kecil)kerana tanpa ke Arafah dan tidak melempar jamrah di Mina.

Haji dinamakan alhajjul akbar (haji besar). Ibadat haji terikat dengan waktu, maknanya tidak boleh dilakukan sepanjang masa.

Mencontohi Rasulullah SAW dalam mengerjaka­n ibadat haji adalah paling baik dan mengandung­i

„ Umat Islam harus contohi cara beribadat Nabi Muhammad

hikmah yang besar.

Baginda seumur hidup hanya sekali mengerjaka­n haji. Jadi, hukum lebih daripada sekali pergi haji adalah harus, bukannya sunah.

Kita sering melihat orang Islam miskin dan melarat. Alangkah baiknya jika wang yang digunakan untuk berulang kali pergi haji dimanfaatk­an untuk beramal, menolong keluarga Muslim yang memerlukan atau kepentinga­n dakwah Islam.

Jarang terjadi orang melakukan ibadat haji berkali-kali hanya untuk menurut hawa nafsu. Oleh itu, orang yang begitu tidak suka beramal.

Apabila seseorang melakukan suatu kemungkara­n padahal dia sudah menunaikan fardu haji, maka kemungkara­n itu tidak membatalka­n hajinya.

Ini kerana perbuatan yang baik tidak dapat dibatalkan oleh keburukan meskipun ia mengurangi pahalanya.

Hal ini disebabkan Allah menghisab seluruh perbuatan manusia, baik yang kecil dan yang besar mahupun yang berupa ketaatan dan kemaksiata­n.

Timbangan pada hari kiamat adalah penghakima­nnya. Pada ketika itu semua kebaikan diletakkan pada satu daun neraca sedangkan seluruh keburukan diletakkan pada daun neraca yang lain.

Dengan demikian akan kelihatan jelas mana satu yang lebih berat sehingga akan kelihatan pula apakah seseorang itu termasuk ahli kebaikan ataupun ahli keburukan. Atas dasar inilah manusia diberikan pahala dan seksaan.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 47 bermaksud: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhluk) pada hari kiamat, maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangk­annya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.”

Anda ada pertanyaan, sila e-melkan kepada: rencana@hmetro.com.my

Penulis ialah pendakwah

 ??  ?? MASJIDILHA­RAM menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjaka­n ibadat umrah dan haji.
MASJIDILHA­RAM menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjaka­n ibadat umrah dan haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia