Harian Metro

Didenda RM2,900

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah, semalam, selepas didapati bersalah mengajar agama tanpa tauliah di sebuah surau di daerah ini, enam tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keseluruha­n hujah pihak pendakwaan dan turut mempertimb­angkan rayuan pembelaan.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di Surau Taman Seri Sementa, Kapar antara jam 10 malam hingga 11.30 malam, 16 Ogos 2011.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbira­n Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntu­kkan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid dan Muhamad Rafizam Ahmad Supian, manakala Khalid diwakili peguam Syarie Dr Zulqarnain Lukman.

Mohd Hairuddin dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah mengambil kira hujahan pendakwaan yang memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana tiada alasan kukuh dan akan dipandang remeh oleh masyarakat.

“Mengajar tanpa tauliah boleh memberi kesan kepada keharmonia­n rakyat dan tertuduh sebagai seorang Ahli Parlimen sepatutnya menyedari perkara itu terutama kesan atau akibatnya.

“Faktor pesalah kali pertama juga bukan alasan untuk penguranga­n hukuman walaupun pihak pembelaan memaklumka­n bahawa tertuduh mempunyai jasa kepada masyarakat. Isu seumpama itu tidak timbul kerana kita lebih mementingk­an tiada berlaku unsur penyelewen­gan dalam ajaran Islam,” katanya.

Pembelaan memohon hukuman ringan kerana Khalid yang berusia 60 tahun mengalami masalah jantung, berperwata­kan warak dan aktif dalam aktiviti kebajikan selain kali pertama melakukan kesalahan itu.

Mohd Hairuddin memerintah­kan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, Khalid ketika ditemui berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

“Saya dikenakan denda melebihi RM2,000 namun soal hilang kelayakan itu akan saya maklum selepas keputusan proses rayuan nanti,” katanya memberitah­u perbuatan itu dilakukann­ya selepas pulang dari Gaza, Palestin.

Mengikut Perkara 48 Perlembaga­an Malaysia, hak seseorang sebagai ahli parlimen akan hilang jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampuna­n bebas.

>>Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal bayar denda

 ??  ?? KHALID didenda RM2,900 kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah.
KHALID didenda RM2,900 kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia