Harian Metro

Hempuk imam solat Subuh

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Seorang tukang bersih kubur dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku memukul kepala seorang imam dengan besi ketika mangsa menunaikan solat Subuh.

Keputusan dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas Ahmad Shukri Ab Rani, 57, dari Kampung Ladang Sekolah, di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memukul belakang kepala mangsa, Saifudin Hasan, 46, menggunaka­n besi di Surau Haji Yaakub Batu Buruk jam 6.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superinten­dan L Rathna.

Mengikut fakta kes, mangsa yang mengimamka­n solat Subuh di surau itu secara tiba-tiba dipukul dari belakang di kepalanya dengan besi.

Sebaik dipukul, mangsa tersungkur sebelum dibantu jemaah dalam surau berkenaan dan dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan susulan.

Akibat kejadian itu, mangsa bengkak di kepala sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh dipercayai bertindak

„ Penggali kubur pukul kepala dengan besi dipenjara tiga bulan

sedemikian selepas mendakwa mangsa memecahkan cermin kereta miliknya sebelum ini.

 ??  ?? AHMAD Shukri dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
AHMAD Shukri dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia