Harian Metro

Wanita ‘bermisai’ mengaku kekasih anak

-

Melaka: Seorang lelaki bermisai dan bersuara garau yang menyamar sebagai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memperdaya seorang wanita hingga menyerahka­n wang tunai lebih RM7,500 dengan menyamar sebagai teman wanita kepada anak lelaki mangsa, tahun lalu.

Tertuduh, Cha Chee Meng, 34, dari Selandar, Jasin, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapny­a di depan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, Cha didakwa menyamar sebagai wanita India yang tidak wujud atas nama Nishalini hingga mendorong K Ariyanachi, 47, menyerahka­n wang tunai RM7,500 secara berperingk­at sekitar September hingga Disember 2016 sebagai pembiayaan pengajian di United Kingdom (UK).

Bagi kesalahan dilakukan di Taman Rambai Jaya, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 419 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superinten­dan Nora Yaacob mencadangk­an mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 kepada tertuduh.

Namun, lelaki itu merayu supaya jumlah jaminan terhadapny­a dikurangka­n dengan memberi alasan tidak mempunyai pekerjaan.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Analia membenarka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

 ??  ?? CHA dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
CHA dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia