Harian Metro

Debaran isteri dikejut berita nahas

-

Kluang: “Saya kini perlu berdikari, termasuk menjaga bayi dalam kandungan ini,” kata Nadzirah Ramli, 28, isteri Lans Koperal Norhisyam Padzli, 29, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya ketika bertugas di Kilometer 9, Jalan Kluang–Teck Wah Heng di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.25 malam itu, mangsa yang memandu van polis seorang diri dikatakan gagal mengawal kenderaan sebaik melalui selekoh tempat kejadian sebelum terbabas ke dalam parit di kiri jalan.

Menurut Nadzirah, bukan sahaja menyediaka­n kelengkapa­n menyambut kehadiran anak sulung, malah urusan pemeriksaa­n kesihatan di klinik kesihatan juga terpaksa dilakukan sendiri.

“Paling mengejutka­n apabila arwah menyatakan kesediaan menghantar dan menunggu saya membuat pemeriksaa­n di klinik sama pada 17 Januari lalu namun tidak menyangka ia bakti terakhir sebagai seorang suami dan ayah.

“Pada mulanya saya tidak berasakan semua itu sebagai petanda namun apabila dia menjadi pendiam sejak petang kelmarin ia menimbulka­n kerisauan.

“Malam tadi (kelmarin) apabila dia bersiap-siap untuk memulakan tugas pada jam 10 malam, hati saya semakin berdebar kerana dia langsung tidak mahu berkata apa-apa,” katanya ketika ditemui di rumah selepas majlis pengkebumi­an di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ibrahim Majid di Simpang Renggam, semalam.

Nadzirah berkata, rumah tangga yang didirikan pada 6 Februari 2016 itu bagaikan terlalu singkat baginya apatah lagi ketika ini anak dalam kandungann­ya sudah mencecah usia tujuh bulan dan dijangka lahir pada April ini.

“Jika mengikut perancanga­nnya, hari ini (semalam) dia akan mewakili Kontinjen Johor untuk kejohanan sepak takraw,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Muhamad Laham berkata, ketika kejadian Mohd Norhisyam dalam perjalanan ke Balai Polis Simpang Renggam untuk mengambil orang kena tuduh (OKT) yang ditahan dalam Ops Noda di pekan itu.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kemalangan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di selekoh dengan keadaan jalan licin akibat hujan,” katanya ketika dihubungi.

 ??  ?? GAMBAR kenangan Nadzirah dan Norhisyam saat bercuti di Melaka tahun lalu. NADZIRAH dibantu menyiram air mawar di pusara suaminya.
GAMBAR kenangan Nadzirah dan Norhisyam saat bercuti di Melaka tahun lalu. NADZIRAH dibantu menyiram air mawar di pusara suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia