Harian Metro

Buka meja baiki telefon bimbit

-

Rompin: Bermula dengan membuka kedai membaiki telefon bimbit menyasarka­n pelanggan daripada kalangan penduduk kampung sahaja, kini dia mula berjinak sebagai ‘doktor telefon jalanan’.

Ahmad Radzuan Hafiz R Asman, 23, yang menetap di Kampung Pianggu, di sini berkata, idea itu muncul selepas melihat tiada lagi tukang membaiki telefon bimbit membuka meja dengan menawarkan perkhidmat­an di tepi jalan.

Menurutnya, kaedah perniagaan baru diusahakan sebulan lalu itu mendapat sambutan menggalakk­an seterusnya berupaya meningkatk­an pendapatan­nya dua kali ganda.

Bagaimanap­un katanya, saiz meja kecil membataska­n dirinya daripada membaiki telefon bimbit dalam kuantiti banyak dan hanya menerima telefon bimbit yang mengalami kerosakan kecil untuk dibaik pulih manakala kerosakan besar perlu dihantar ke kedainya.

“Saya ingin mencuba pekerjaan dianggap pelik kerana mungkin dapat menarik perhatian pelanggan, saya lihat tidak ada lagi individu menggunaka­n kereta untuk membawa meja, payung dan menawarkan perkhidmat­an membaiki dan servis telefon bimbit.

“Sebelum ini saya pernah terfikir untuk terus berniaga di bawah payung, namun tidak mempunyai kesempatan kerana perlu memberi tumpuan kepada premis membaiki telefon bimbit. Kini saya mempunyai kesempatan itu (membaiki telefon bimbit di jalanan) iaitu pada hari Sabtu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kempen Kesedaran Empower ECER dan Penyerahan Bantuan Peralatan oleh Teraju yang disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin, di sini.

Sebanyak RM71,964 diagihkan kepada 13 peserta Empower ECER Rompin yang terpilih selepas mereka membuat permohonan mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Ahmad Radzuan Hafiz yang juga pelatih cemerlang Empower ECER Rompin yang diumumkan pada majlis graduasi Ogos lalu berkata, dia berhasrat membuka cawangan kedainya di pekan Tanjung Gemok, di sini sebagai usaha melebarkan perniagaan.

“Saya tetap mengekalka­n kedai di Kampung Pianggu kerana itu untuk masyarakat kampung yang selama ini menyokong saya. Mungkin tahun hadapan sebuah kedai baru beroperasi Pekan: Minat terhadap tanaman serai dan betik mendorong Mohd Derus Abd Latif, 56, untuk bersara awal dan menceburi projek pertanian seluas lapan hektar di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Kota Perdana, di sini.

Dengan modal RM300,000, projek mula diusahakan pada 2014 kini memberikan pulangan lumayan apabila menghasilk­an lima hingga enam tan sebulan dua tanaman kontan itu.

Mohd Derus sebelum ini bertugas sebagai penolong pegawai pertanian daerah berkata, dia menanam tiga jenis serai iaitu serai gajah, serai paha ayam dan serai kacukan Indonesia.

Katanya, permintaan terhadap serai begitu menggalakk­an terutama daripada peniaga makanan yang memerlukan­nya setiap hari dengan harga pasaran RM2 hingga RM2.50 sekilogram bergantung kepada jenis.

Katanya, tanaman serai tidak memerlukan modal banyak dan mudah dijaga.

“Selepas proses menanam mengikut barisan dilakukan, pokok perlu dibaja dan rumpai menjadi musuh di di Tanjung Gemok bagi kemudahan orang ramai,” katanya.

Sementara itu Mohd Johari yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri berkata, bantuan diterima peserta Empower ECER Rompin diharap digunakan sebaik mungkin oleh individu terbabit untuk memajukan perniagaan.

“Mereka yang terbabit perlu menjadi contoh terhadap kejayaan diraih selepas menerima latihan program Empower ECER Rompin, bantuan kewangan diterima perlu digunakan sebaik mungkin untuk kemajuan diri sendiri,” katanya. dibuang secara manual. Dalam tempoh enam bulan, proses menuai boleh dilakukan.

“Minat dengan pertanian menjadi pendorong utama saya mengusahak­an tanaman serai dan betik secara komersial di dalam kawasan seluas lapan hektar.

“Saya mampu meraih pendapatan sehingga RM15,000 sebulan hasil jualan serai dan lebih RM10,000 melalui betik bergantung kepada musim dan harga semasa buah,” katanya.

Mohd Derus yang mengusahak­an tanaman padi di kawasan Jelapang Padi Pahang Tua, di sini, berkata, dia menyasarka­n enam hingga 10 tan serai dan betik Sekaki atau Hong Kong dikeluarka­n pada masa akan datang.

Katanya, bagi menambahka­n lagi pendapatan, dia turut menanam nangka jenis J33 yang kini mula mengeluark­an hasil.

“Peluang diberikan Jabatan Pertanian Pahang dan Pejabat Pertanian Pekan kepada saya sebagai peserta TKPM Kota Perdana dibalas sebaik mungkin apabila projek diusahakan kini mencapai kejayaan,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG menyewa Lazy Sofa disediakan Norraimi di Teluk Chempedak, Kuantan.
PENGUNJUNG menyewa Lazy Sofa disediakan Norraimi di Teluk Chempedak, Kuantan.
 ??  ?? AHMAD Radzuan menunjukka­n telefon bimbit yang dibaikinya.
AHMAD Radzuan menunjukka­n telefon bimbit yang dibaikinya.
 ??  ?? MOHD Derus menunjukka­n serai yang dijual.
MOHD Derus menunjukka­n serai yang dijual.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia