Harian Metro

RM1,000 SEHARI BRO!

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

„ Pemuda peroleh pendapatan lumayan sedia khidmat sewa ‘lazy sofa’ untuk pengunjung pantai

Kuantan

Hanya dengan menyewakan beg udara dipanggil ‘lazy sofa’ kepada pengunjung ke Teluk Chempedak, di sini, seorang pemuda mampu memperoleh pendapatan lumayan RM1,000 setiap hari.

Lazy sofa yang boleh memuatkan hingga empat orang itu perlu dipam sebelum digunakan dan membolehka­n pengunjung berehat secara santai di pantai berkenaan sambil menghirup udara segar.

Menurut Norraimi Aman, 28, pada mulanya dia mempunyai 20 lazy sofa sejak Julai tahun lalu, namun kini perkhidmat­an disediakan­nya mempunyai 100 sofa.

Katanya, idea itu tercetus apabila melihat potensi perkhidmat­an itu yang masih belum wujud di pantai berkenaan serta kehadiran pengunjung yang menggalakk­an memberi keyakinan kepadanya ia mendapat sambutan.

“Saya lihat pengunjung duduk di atas pasir ketika menghirup udara di pantai ini. Ketika itu saya membawa sendiri ‘lazy sofa’ ini dan ramai yang tanya di mana saya mendapatka­nnya. Daripada situ saya terfikir sediakan perkhidmat­an ini,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Norraimi mengakui mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1,000 sehari bergantung kepada cuaca dan hari.

“Saya menyediaka­n perkhidmat­an ini bermula jam 4 petang hingga 3 pagi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Jika keadaan cuaca baik, sambutanny­a amat menggalakk­an dan setakat ini ramai berpuas hati dan teruja kerana dapat bersantai dengan lebih selesa di tepi pantai dengan sofa ini,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmat­an ini dapat memberikan kemudahan buat pengunjung untuk berehat, selain menjadi tarikan terbaru di pantai berkenaan yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar.

“Saya gembira kerana dengan adanya perkhidmat­an ini dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan.

“Bagaimanap­un, setakat ini saya belum bercadang memperluas­kan perkhidmat­an di lokasi lain di daerah ini dan hanya fokus di kawasan peranginan ini,” katanya.

 ??  ?? PERKHIDMAT­AN lazy sofa beri keselesaan untuk pengunjung bersantai di Teluk Chempedak.
PERKHIDMAT­AN lazy sofa beri keselesaan untuk pengunjung bersantai di Teluk Chempedak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia