Harian Metro

Terbujur depan tandas

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

„ Kepala gelandanga­n disyaki terhempas ketika terjatuh

“Saya mahu ke tandas namun terkejut apabila melihat seorang lelaki dengan kepala berdarah terbaring di depan pintu,” kata saksi yang mahu dikenali sebagai Ah Beng, 24, ketika dijumpai di tempat penemuan mayat di Pasar Lebuh Campbell, Jalan Pesara Claimant, di sini, pagi semalam.

Menurutnya, dia melihat tubuh lelaki tidak bergerak dan tidak jadi membuang air kecil sebelum memberitah­u rakan yang bekerja di pasar berhubung penemuan mayat berkenaan.

“Setahu saya, lelaki berkenaan memang selalu di pasar ini selain menjadikan kawasan pasar tempat tidurnya.

“Kebanyakan pekerja di pasar mengenalin­ya namun tidak mengetahui latar belakangny­a dengan lebih lanjut kerana lelaki berkenaan kurang bergaul,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mayat lelaki tanpa identiti berusia 60-an ditemui tidak berbaju dan hanya berseluar pendek terbaring di depan pintu tandas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, siasatan awal mendapati belakang kepala mangsa berdarah dipercayai terjatuh di luar tandas dan muka bengkak.

“Pemeriksaa­n mendapati kepala lelaki berkenaan terhantuk di lantai simen tandas dan mangsa mungkin maut akibat hentakan kuat di kepalanya itu.

“Bagaimanap­un, kami masih menjalanka­n siasatan lanjut dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematianny­a,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat orang awam di kawasan itu, mangsa seorang gelandanga­n dan kes setakat ini diklasifik­asikan mati mengejut.

 ??  ??
 ?? MIKAIL ONG ?? POLIS menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.
MIKAIL ONG POLIS menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.
 ??  ?? MAYAT lelaki yang ditemui orang awam di pasar Jalan Pesara Claimant, Georgetown.
MAYAT lelaki yang ditemui orang awam di pasar Jalan Pesara Claimant, Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia