Harian Metro

‘Usah nak laga-lagakan kami’

-

Kuala Lumpur: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa mengingatk­an semua pihak tidak melaga-lagakan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Ismail Sabri Yaakob berhubung isu tajaan dari anak syarikat itu ke atas The Red Warriors (TRW).

Annuar berkata kenyataan Ismail baru-baru ini disalahtaf­sirkan laporan media apabila menteri itu mahu meneliti perincian tajaan wang oleh Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) terlebih dahulu sebelum membuat ulasan lanjut.

“Jangan cuba laga-lagakan, saya bukan orang yang mudah untuk nak dilaga-lagakan begitu.

“Bila menteri kata kalau apa-apa berlaku mungkin yang terjejas MARA. Itu saya dengar penuh apa yang beliau cakapkan, tetapi yang dikeluarka­n lain, kita mesti tengok secara menyeluruh apa menteri cakap.

“Menteri cakap, beliau perlu tahu perinciann­ya dan tunggu laporan serta belum tengok lagi bila dibayar ditaja dan sebagainya, dan orang tanya adakah ini menjejaska­n MARA? Dan menteri kata, kerana itu anak syarikat MARA kalau negatif ia akan terjejas,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), di sini, semalam.

Annuar juga meminta semua pihak tidak terus membangkit­kan isu itu sebaliknya beri peluang kepada menteri untuk mengkajiny­a.

“Negatif atau positif beri peluang menteri kaji, jadi jangan terus ambil dari satu sudut di luar daripada konteks apa yang menteri cakap,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia