Harian Metro

Pistol cemburu

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Cemburu melihat bekas isteri keluar bersama peniaga getah beku, seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila mengugut mahu menembak pasangan berkenaan dengan pistol jenis revolver .38 dalam kejadian di hadapan sebuah klinik di Jertih pada September tahun lalu.

Lelaki berusia 47 tahun dari Kampung Raja, Besut turut memecahkan cermin kereta dinaiki bekas isterinya berusia 18 tahun dan anak perempuann­ya berusia lima tahun bersama lelaki serta sepupu lelaki terbabit masing-masing berusia 24 dan 21 tahun dalam kejadian jam 9.20 malam pada 28 September lalu sebelum melarikan diri.

Bagaimanap­un, lelaki berkenaan ditahan polis jam 8.30 pagi pada 11 Januari lalu di sekitar Besut selepas hampir empat bulan melarikan diri.

Polis turut merampas satu besi berantai dan sebuah motosikal yang digunakan lelaki berkenaan selepas pemeriksaa­n mendapati nombor casis dan enjin diganggu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, hasil siasatan terhadap suspek, pistol digunakan dalam kejadian berkenaan diserahkan kepada seorang rakannya berusia 36 tahun.

Menurutnya, polis menahan lelaki yang menerima pistol terbabit jam 9.30 pagi hari yang sama.

Katanya, hasil penahanan lelaki berkenaan polis merampas sebilah sabit bersama besi berbentuk L yang hujungnya ditajamkan dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah, tetapi pistol yang dicari tidak ada.

“Suspek kemudian memaklumka­n pistol itu diserahkan pula kepada seorang lagi rakan berusia 47 tahun sebelum lelaki berkenaan ditahan kira-kira setengah jam kemudian.

“Hasil penahanan lelaki itu membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis revolver.38 yang disembunyi­kan dalam tayar kereta di tepi sebuah pondok usang di Kampung Gong Penaga, Jertih,” katanya.

Menurutnya, kejadian dipercayai bermotifka­n cemburu dan polis menyiasat sama ada pistol berkenaan digunakan untuk jenayah lain di Terengganu atau di negeri lain.

“Siasatan juga mendapati

„ Lelaki ugut tembak bekas isteri akhirnya ditahan

tiga suspek yang positif amphetamin­e itu t mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah sementara suspek utama mempunyai rekod lampau kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.

“Tiga suspek kini direman sehingga 22 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 KK kerana melakukan ugutan jenayah, Seksyen 427 KK kerana khianat, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya turut menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Laos yang dipercayai terbabit dalam dua kes rompakan bersenjata pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Mahmud, di sini, kira-kira jam 3 pagi pada 20 Disember lalu manakala kejadian kedua di hadapan sebuah bank di daerah ini kira-kira jam 9 pagi pada 31 Disember lalu.

 ??  ??
 ?? Rosli Ab Rahman ?? ROSLI (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n senjata api yang dirampas. Pihak polis menemui sepucuk pistol jenis revolver.38 yang disembunyi­kan dalam tayar kereta”
Rosli Ab Rahman ROSLI (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n senjata api yang dirampas. Pihak polis menemui sepucuk pistol jenis revolver.38 yang disembunyi­kan dalam tayar kereta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia