Harian Metro

Lawan penjenayah dengan tangan kosong

-

Ampang: Berani lawan perompak bersenjata­kan pisau dengan hanya ‘tangan kosong’. Itu tindakan berani dua pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam sejurus diacukan pisau oleh penjenayah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi kelmarin, remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit didakwa cuba merompak premis terletak di Taman Melawati di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superinten­dan Mohd Zaid Hassan berkata, suspek terbabit didapati bertindak bersendiri­an ketika melakukan samun.

“Bagaimanap­un dua lelaki yang bekerja di premis itu bertindak melawan suspek dan mereka berjaya menangkap penjenayah itu selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Suspek kemudian diserahkan kepada polis. Dia kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian berasingan, Zaid turut memaklumka­n pihaknya berjaya menahan dua lelaki selepas disyaki menyamun kedai serbeneka 24 jam di Pandan Indah, di sini, 13 Januari lalu.

Katanya, dua suspek berusia 20-an terbabit berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam selepas melakukan samun pada jam 2.29 pagi.

“Dalam serbuan pertama jam 11.40 malam hari sama, kami menahan salah seorang suspek yang juga bekas pekerja premis itu di Pangsapuri Bunga Raya, di sini.

“Hasil soal siasat dilakukan membawa kepada tangkapan rakannya di sebuah premis di Puchong Selangor pada jam 1 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n menemui 118 kotak rokok pelbagai jenama, parang panjang, pisau, sarung kepala, dua telefon bimbit, beg galas dan kereta Perodua Myvi dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya.

 ??  ?? MOHD Zaid (kiri) menunjukka­n barangan yang dirampas, semalam.
MOHD Zaid (kiri) menunjukka­n barangan yang dirampas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia