Harian Metro

Pakatan wanita jahat

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Tiga juruwang songlap duit yuran penuntut RM140,000 ditahan

Tiga wanita yang bekerja sebagai juruwang sebuah universiti swasta di sini, ditahan selepas menyelewen­g wang bayaran yuran penuntut pusat pendidikan itu lebih RM140,000.

Difahamkan, semua wanita terbabit menerima bayaran yuran secara tunai namun transaksi direkodkan sebagai bayaran kad kredit.

Menurut sumber, perkara itu dikesan seorang kakitangan bahagian kewangan universiti berkenaan selepas dia dihubungi pegawai bank yang menyediaka­n kemudahan pembayaran kad kredit pada 12 Januari lalu.

“Pegawai bank itu memaklumka­n, lebih RM1juta traksaksi dilakukan melalui kad kredit Uzbekistan diterima dari universiti.

“Semua pembayaran melalui kad kredit itu dibuat bermula Disember tahun lalu. Semakan melalui salinan resit rasmi, slip pembayaran kad kredit serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bermula 3 Januari hingga 16 Januari lalu mendapati terdapat penyelewen­gan dilakukan tiga juruwang yang diamanahka­n membuat kutipan yuran penuntut,” katanya.

Sumber berkata, juruwang terbabit menggunaka­n kad kredit yang ada pada mereka untuk membuat pembayaran di terminal kad kredit dibekalkan pihak bank.

“Dengan cara itu, pembayaran tunai dibuat 37 penuntut universiti itu digantikan dengan pembayaran kad kredit.

“Wang tunai diterima juruwang terbabit tidak direkodkan dan semua resit dinyatakan sebagai pembayaran kad kredit. Bagaimanap­un semakan CCTV jelas menunjukka­n pembayaran dibuat secara tunai,” katanya.

Susulan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara di sini, kelmarin.

”Hasil laporan itu, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor pergi ke universiti berkenaan sebelum menahan tiga wanita terbabit.

“Semua wanita berusia 24 hingga 42 tahun itu bekerja di kaunter pembayaran.

“Pemeriksaa­n ke atas salah seorang wanita terbabit menemui sekeping kad Visa Electron National Bank Of Uzbekistan yang disyaki palsu,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut membawa polis ke sebuah restoran di Kota Damansara jam 12.30 tengah hari pada hari sama sebelum menahan dua lelaki warga Uzbekistan.

“Pemeriksaa­n ke atas seorang lelaki warga Uzbekistan itu menemui sembilan keping kad Visa Elektron National Bank Of Uzbekistan di dalam dompetnya,” katanya.

Sumber berkata, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke JSJK Selangor untuk tindakan selanjutny­a dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia