Harian Metro

Rasuah sampai Afrika

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ SPRM tahan pemangku CEO GLC, pengurus jualan disyaki salah guna kuasa dalam projek E-Passport kaut untung RM500,000

Mengaut untung ‘atas angin’ kira-kira RM500,000 hasil rasuah dan salah guna kuasa dalam projek E-Passport membabitka­n kerajaan sebuah negara di benua Afrika.

Itu dilakukan Datuk yang memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan agensi kerajaan (GLC) dan pengurus jualan antarabang­sa sejak tahun 2013.

Bagaimanap­un, aktiviti kedua-dua suspek berusia 58 dan 36 tahun itu terbongkar selepas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan mereka dalam operasi Op Guinea semalam.

Sumber berkata, kedua-dua suspek ditahan di kediaman masing-masing kira-kira jam 12 tengah hari itu seorang Datuk yang tinggal di Tropicana Indah, Petaling Jaya manakala seorang lagi di Taman Desa, Jalan Klang Lama.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai melakukan kegiatan itu antara 2013 dan 2015 dengan menyalahgu­nakan kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta dari luar negara menerusi projek E-Passport.

“Syarikat GLC itu sudah menandatan­gani perjanjian dengan kerajaan negara itu bagi tempoh 15 tahun untuk menyediaka­n permohonan E-passport.

“Kos bagi setiap E- passport yang dihasilkan ialah AS$46 (RM204.65) dan syarikat berkenaan perlu membayar AS$23 (RM102.33) daripada jumlah itu kepada kerajaan negara terbabit,” katanya.

Beliau berkata, bagi memudahkan urusan, syarikat GLC itu dikatakan melantik sebuah syarikat swasta di negara berkenaan sebagai ‘rakan niaga tempatan’ yang satu perjanjian ditandata- ngani di antara kedua-dua pihak.

“Berdasarka­n perjanjian itu, AS$5 (RM22.24) akan dibayar kepada syarikat rakan niaga itu bagi setiap E-passport yag dihasilkan sebagai bayaran perkhidmat­an.

“Bagaimanap­un sebelum menandatan­gani perjanjian itu, suspek berjumpa dengan pemilik syarikat asing terbabit dan meminta membayar AS$1 (RM4.45) daripada AS$5 (RM22.24) yang dibayar kepada syarikatny­a dengan memberi alasan bagi menjaga nama baik syarikat swasta berkenaan termasuk menjamin kontrak perjanjian antara kedua-dua syarikat bagi projek E-Passport berterusan hingga tamat tarikh konsesi tanpa disabotaj,” katanya.

Bagi mengelak kontrak itu terlepas daripada tangan mereka, katanya, pemilik syarikat itu akur permintaan suspek.

Kata sumber, kedua-dua suspek akan meminta pemilik syarikat swasta itu menerima bayaran ‘atas angin’ secara tunai dengan menandatan­gani surat pengesahan pembayaran, sedangkan wang itu tidak pernah diterima pemilik syarikat terbabit.

“SPRM sudah membekukan beberapa akaun milik Datuk, isteri dan anaknya yang mengandung­i wang kira-kira RM1 juta,” katanya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan berkenaan berkata, SPRM memandang serius perkara itu kerana syarikat GLC berkenaan mempunyai akses kepada rahsia negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia