Harian Metro

Ibu tunggal menapak 3km ke tempat kerja dapat motosikal

-

Kuantan: Keperitan seorang ibu tunggal yang terpaksa berjalan sejauh lebih tiga kilometer(km) ke tempat kerjanya sejak enam tahun lalu berakhir apabila menerima bantuan sebuah motosikal daripada Sistem Pendidikan Al-Irsyad Berhad, kelmarin.

Samiyah Ibrahim, 44, tidak mempunyai pilihan kerana dia tidak mampu membeli kenderaan itu dengan wang hasil gajinya sebagai tukang cuci yang tidak seberapa.

Walaupun tidak memiliki pengangkut­an sendiri, ibu kepada lima anak itu sedikit pun tidak mengeluh dengan ujian dihadapi, sebaliknya tetap meneruskan kehidupan walaupun serba kekurangan.

“Saya tidak mampu membeli motosikal sebab gaji saya tidak banyak, cukup belanja makan sebulan dan tanggung persekolah­an anak-anak. Itu sudah memadai buat saya.

“Jadi, saya kena tabah dan sabar untuk mencari rezeki walaupun payah alhamdulil­lah saya ada kawan-kawan yang sudi membantu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan, di sini.

Samiyah berkata, dia bersyukur kerana menerima sumbangan motosikal itu dan menyifatka­n pemberian berkenaan akan memudahkan urusan seharian terutama untuk berulang-alik ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

“Alhamdulil­lah, saya gembira dapat motosikal, segala urusan saya lebih mudah selepas ini.

“Dengan adanya motosikal ini juga saya boleh hantar anak ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif Sistem Pendidikan Al-Irsyad Berhad, Mohd Tarmizi Yahya berkata, pihaknya berharap sumbangan berkenaan dapat meringanka­n beban ditanggung ibu tunggal itu.

 ?? FOTO: SHAHRINNAH­AR LATIB ?? SAMIYAH (kanan) menerima Sijil Pemilikan Kenderaan yang disumbangk­an Sistem Pendidikan Al- Irsyad Berhad.
FOTO: SHAHRINNAH­AR LATIB SAMIYAH (kanan) menerima Sijil Pemilikan Kenderaan yang disumbangk­an Sistem Pendidikan Al- Irsyad Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia