Harian Metro

Polis sahkan terima laporan kes dera

-

Kajang: Tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan dan mulut mereka menggunaka­n kain berwarna putih. Itu antara gambar tular didakwa kejadian dera berlaku di sebuah taska di Seksyen 15, Bangi.

Susulan itu polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang dihubungi mengesahka­n sudah menerima laporan kes penderaan kanak-kanak itu

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam.

Menurutnya, gambar yang tersebar dan menjadi tular di laman sosial didakwa kes dera di taska itu akan disiasat.

“Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahka­n kesahihan gambar yang tersebar itu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak,” katanya.

Berdasarka­n gambar dan kandungan mesej yang tersebar menerusi laman sosial itu, empat kanak-kanak dalam keadaan baring didakwa berada di dalam taska terbabit.

Turut kelihatan tiga daripada kanak-kanak diikat tangan kaki mereka menggunaka­n kain berwarna putih.

Di dalam mesej itu, individu yang menyebarka­n gambar berkenaan meminta orang ramai menyebarka­n kejadian penderaan kanak-kanak di taska didakwa berada di Seksyen 15, Bangi.

Selain itu, individu itu juga meminta ibu bapa supaya berhati-hati dan memilih tempat selamat untuk menghantar anak mereka.

 ??  ?? POLIS masih menyiasat kesahihan gambar disebar di media sosial.
POLIS masih menyiasat kesahihan gambar disebar di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia