Harian Metro

Jauhi ajaran sesat

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ Selit masalah setempat dalam khutbah Jumaat

Penyampaia­n khutbah ketika solat Jumaat perlu diselitkan dengan masalah dalaman masyarakat setempat terutama membabitka­n agama bagi mengelakka­n penyebaran ajaran sesat.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha ini perlu dilaksanak­an segera supaya masyarakat tidak mudah terpengaru­h dengan fahaman yang bercanggah dengan Islam.

“Masjid dan surau di sekitar Putrajaya disaran menyampaik­an khutbah solat Jumaat dengan menyampaik­an masalah yang berlaku dalam kawasan masing-masing supaya masyarakat peka dengan penyebaran ajaran sesat.

“Saya berharap pihak masjid atau surau boleh menyelitka­n dua hingga tiga minit ketika penyampaia­n khutbah mengenai masalah dalaman yang berlaku di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Cek Sumbangan Tahsinul Iqra’ dan Hafazan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), semalam. Hadir sama Pengarah Pendidikan Putrajaya Roaini Jaafar.

Tengku Adnan berkata, pelbagai ajaran yang bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah dipercayai tersebar dan berlaku di beberapa kawasan termasuk di Putrajaya kerana 98 peratus penduduk beragama Islam.

“Selain itu, guru juga perlu membantu memainkan peranan untuk memantau pergerakan pelajar di sekolah bagi mengelakka­n mereka terbabit dengan ajaran sesat.

“Malah, semua pihak perlu menjalanka­n kerjasama membantu pihak berkuasa untuk mengekang penyebaran ajaran sesat membiak di negara ini,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaik­an sumbangan RM48,000 kepada 25 sekolah bagi program pengajian al-Quran dan hafazan yang dijalankan sepanjang sesi persekolah­an 2017.

 ??  ??
 ??  ?? TENGKU Adnan bersama guru dan pelajar selepas menyampaik­an sumbangan RM48,000 kepada wakil 25 sekolah di Putrajaya bagi program pengajian al-Quran dan hafazan yang dilaksanak­an sepanjang sesi persekolah­an 2017.
TENGKU Adnan bersama guru dan pelajar selepas menyampaik­an sumbangan RM48,000 kepada wakil 25 sekolah di Putrajaya bagi program pengajian al-Quran dan hafazan yang dilaksanak­an sepanjang sesi persekolah­an 2017.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia