Harian Metro

Datuk abai kuda didenda

„ ‘Lentini’ dibiar tanpa jagaan selama enam bulan hingga sakit

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengabaika­n seekor kuda peliharaan­nya tanpa diberi penjagaan kira-kira enam bulan sehingga menyebabka­nnya sakit di kawasan Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, di sini, tahun lalu.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhka­n hukuman itu terhadap Norhisam Mohamed, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) apabila dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

OKS yang sudah diisytihar­kan bankrap itu juga diperintah­kan menjalani hukuman penjara dua bulan jika dia gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabka­n kesakitan dan ke- sengsaraan terhadap kuda jantan bernama Lentini yang berusia 23 tahun baka Dutch Warmblood.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di kandang kuda Blok E, dalam kawasan Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara Off, Jalan Damansara, di sini jam 12.40 tengah hari, pada 24 Mei tahun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang (pindaan) 2013 (Akta A1452) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta yang sama yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Norhisam yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangk­an hukuman atas alasan tidak mengetahui kudanya itu sakit dan tidak membuat penganiaya­an.

“Saya mohon mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan kerana saya sudah diisytihar muflis, ” katanya.

Bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL), Hasiah Musa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap OKS.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian iaitu pada 24 Mei tahun lalu Jabatan Perkhidmat­an Veterinar menerima aduan daripada kakitangan pusat jagaan kuda berkenaan yang mengatakan haiwan milik OKS sakit.

Bertindak atas aduan itu, sepasukan pegawai daripada Jabatan Veterinar ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaa­n sebelum mendapati kaki kiri kuda jantan itu cedera selain dalam keadaan monyok yang dipercayai sakit sejak Januari tahun sama.

 ??  ?? NORHISAM didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.
NORHISAM didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia