Harian Metro

Keputusan MAIS jadi pencelah 28 Februari

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 28 Februari ini bagi keputusan terhadap permohonan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menjadi pencelah dalam permohonan semakan kehakiman oleh seorang wanita berhubung cakera padat (CD) mengandung­i kalimah Allah.

Hakim, Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah semua pihak yang terbabit dalam kes itu.

MAIS diwakili peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla manakala peguam Datuk Lim Heng Seng dan Annou Xavier mewakili Jill Ireland Lawrence Bill.

MAIS memohon menjadi pencelah dalam semakan kehakiman yang difailkan Jill pada 20 Ogos 2008 bagi mendapatka­n semula lapan CD kepunyaany­a yang dirampas dan menamakan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Ke rajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’ dirampas daripada Jill sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Pada 21 Julai 2014, Mahkamah Tinggi memerintah­kan CD itu dikembalik­an kepada Jill tetapi mahkamah tidak mengeluark­an perintah terhadap pengisytih­aran yang dimohon wanita itu bahawa dia berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandung­i perkataan Allah.

Pada 23 Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengesahka­n keputusan Mahkamah Tinggi itu yang memerintah­kan KDN memulangka­n lapan CD mengandung­i kalimah Allah milik Jill selepas menolak rayuan KDN dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan juga memerintah­kan permohonan pengisytih­aran itu didengar semula di Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia