Harian Metro

Merana 20 minit kaki tersepit jeriji besi longkang Nenek kembali menoreh

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gombak di sini, terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit apabila kaki kanannya tersepit pada jeriji besi longkang.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi semalam, mangsa dipercayai berjalan di atas jeriji besi longkang sebelum tergelinci­r dan kakinya tersepit di celah jeriji besi longkang itu.

Difahamkan pengawal keselamata­n yang berada berhampira­n lokasi kejadian terdengar jeritan mangsa sebelum melaporkan­nya kepada guru sekolah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pusat Gerakan Operasi pada jam 9.24 pagi dan sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, mangsa didapati sedang menangis sambil ditenangka­n pengawal keselamata­n,” katanya.

Menurutnya, remaja perempuan itu tergelinci­r menyebabka­n kakinya tersepit sehingga paras betis di celah jeriji besi longkang.

“Beberapa cikgu turut bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu. Kaki pelajar itu akhirnya berjaya dikeluarka­n selepas anggota bomba menggunaka­n alat pemotong hidraulik untuk melonggark­an besi longkang itu,” katanya.

Peningkata­n harga getah sejak pertengaha­n bulan lalu turut mendorong seorang nenek yang juga bekas jururawat mengusahak­an semula kebun miliknya seluas 0.4 hektar di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina, di sini, bagi menambah pendapatan.

Warga emas, Siti Mat, 75, berkata, sudah dua tahun dia tidak mengusahak­an kebun berkenaan namun mengambil keputusan kembali menoreh kerana tidak mahu melepaskan peluang menikmati harga jualan komoditi itu yang meningkat.

“Semasa harga getah jatuh RM1.70 satu kilogram (kg) beberapa tahun lalu, saya ambil keputusan untuk tidak menoreh kerana hasilnya tidak berbaloi dengan tenaga dikeluarka­n.

“Ketika harga getah merudum, saya juga tidak upah orang untuk usahakanny­a kerana pada harga RM1.70 hingga RM1.90 sekilogram, tidak mungkin saya dapat untung kerana hasil jualan perlu dibahagi dua,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Siti yang pernah bertugas di Klinik Desa Lubok Cina berkata, dia membeli kebun berkenaan yang ketika itu sudah ditanam pokok getah berusia setahun pada 1986 dengan harga hanya RM14,000 daripada seorang penduduk.

Selepas berpisah dengan bekas suaminya pada 1990, Siti mengusahak­an kebun berkenaan secara bersendiri­an untuk membesarka­n tiga anaknya yang ketika itu masih bersekolah.

“Ketika itu anak sulung lelaki baru berusia tujuh tahun. Selepas pulang dari klinik pada waktu petang, saya ke kebun untuk menoreh manakala pada hari cuti hujung minggu, saya menjalanka­n aktiviti itu pada sebelah pagi.

“Hasil jualan komoditi itu digunakan untuk menambah pendapatan saya sebagai kakitangan kerajaan bagi membesarka­n tiga anak hingga mereka tamat persekolah­an,” katanya.

Sejak mula menoreh semula, bulan lalu, Siti sudah menikmati tiga kali hasil jualan getah beku yang harganya antara RM3.80 dan RM4.40 satu kg.

Pasaran harga getah di negara ini dijangka meningkat pada suku pertama tahun ini berikutan permintaan tinggi dari China selain penyusutan pengeluara­n di Thailand akibat banjir.

„ Kenaikan harga getah cetus semangat bekas jururawat jejak semula kebun 0.4 hektar

 ??  ?? SITI menoreh semula selepas dua
tahun kebun getahnya tidak diusahakan di Kampung Ramuan
Cina Besar, Lubok Cina. Semasa harga getah jatuh RM1.70 sekilogram beberapa tahun lalu, saya ambil keputusan untuk tidak menoreh kerana hasilnya tidak berbaloi...
SITI menoreh semula selepas dua tahun kebun getahnya tidak diusahakan di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina. Semasa harga getah jatuh RM1.70 sekilogram beberapa tahun lalu, saya ambil keputusan untuk tidak menoreh kerana hasilnya tidak berbaloi...
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN mangsa ketika kakinya tersepit pada jeriji besi longkang.
KEADAAN mangsa ketika kakinya tersepit pada jeriji besi longkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia