Harian Metro

Tak tinggal Tahajud

„ Pelajar cemerlang SAM Bestari ubah gaya hafalan dengan berlagu

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

“Tiada rahsia istimewa selain doa ibu bapa dan bangun solat Tahajud setiap malam memohon dada kita dilapangka­n supaya mudah menerima pelajaran,” ujar pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 Muhammad Aimi Shahriman Nor Hisham.

Pelajar Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari, USJ Subang Jaya itu memperoleh pencapaian Mumtaz dengan gred 99.7 peratus.

Dia berkata, setiap pelajar yang ingin berjaya harus memulakan setiap pagi dengan solat Tahajud sebelum mengulang kaji pelajaran.

“Kalau boleh buat setiap hari, jadikan amalan dalam kehidupan seharian, selepas itu hati jadi tenang dan kita selesa mengulang kaji.

“Selain itu, doa ibu bapa sangat penting, selalu minta mereka doakan kita supaya kita mudah menerima setiap apa yang diajar,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Katanya, pelbagai teknik dilakukann­ya untuk cemerlang di dalam SMA antaranya setiap hafalan mata pelajaran digubah menjadi lagu.

“Kita boleh jadikannya lagu supaya kita mudah faham sebelum menghafaln­ya dan ia terbukti berkesan,” katanya.

Sementara itu, Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, 17, yang memperoleh gred 99.5 peratus berkata, sikap bantu membantu antara rakan sekelas membolehka­nnya mencatat keputusan cemerlang.

Pelajar tingkatan lima yang juga dari SAM Bestari USJ Subang Jaya itu berkata, teknik itu diamalkan di sekolah sehingga ia dinobatkan sebagai sekolah terbaik keseluruha­n STAM 2016.

 ??  ?? MUHAMMAD Aimi minta ibu bapa doa cemerlang dalam STAM 2016.
MUHAMMAD Aimi minta ibu bapa doa cemerlang dalam STAM 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia