Harian Metro

‘Jangan lokek ilmu’

-

Shah Alam: “Jangan lokek untuk berkongsi ilmu dengan rakan. Setiap ilmu yang kita ada, orang lain juga berhak mendapatny­a,” kata pelajar yang memperoleh keputusan 10 Mumtaz Sufi (paling cemerlang) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016, Intan Nabila Ghazali, 19.

Dalam keputusan diumumkan semalam, Intan Nabila berjaya mendapat 10 Mumtaz bagi subjek Hifz al-Quran dan Tajwid, Fiqh, Tauhid dan Mantiq, Tafsir dan Ulumuhu, Hadith dan Mustolah, Nahu dan Sarf, Insya dan Mutalaah, Adab dan Nusus, Arudh dan Qafiyah serta Balaghah.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, sebelum kelas bermula dan solat dia mempraktik­kan mengulang semula surah yang dihafal.

“Selain itu, saya selalu memperdeng­arkan hafazan kepada rakan. Jika salah, rakan boleh memperbetu­lkan.

“Secara tidak langsung ia mengasah ingatan dan rakan terhadap hafalan itu. Kedua-duanya akan dapat faedah,” kata pelajar Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah di sini semalam.

Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah Usuluddin suatu hari nanti berkata, sebagai pelajar, dia perlu sentiasa istiqamah dalam beribadah walau di mana berada.

Anak kelahiran Kelantan itu berkata, dia akan membuat persediaan untuk menyambung pengajian di universiti tempatan dalam bidang Usuluddin atau perubatan.

Menurutnya, ibu bapa sentiasa memberi sokongan penuh kepadanya selain adik-beradik.

“Saya percaya kejayaan seseorang disertakan dengan berkat doa ibu bapa, guru dan rakan berserta keazaman yang kuat.

“Selain itu sepanjang belajar saya tidak memiliki telefon bimbit bagi memastikan saya fokus terhadap pelajaran,” katanya.

 ??  ?? INTAN bersama ibu bapanya.
INTAN bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia