Harian Metro

Sepakat keras kepala

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

„ 188 peniaga Pasar Borong Selangor tak endah peraturan KPDNKK

Melampau dan ingkar beramai-ramai. Perkara itu disimpulka­n susulan tindakan diambil terhadap seramai 188 peniaga yang melakukan kesalahan sama iaitu tidak meletakkan tanda harga barang seperti diwajibkan.

Semua peniaga di Pasar Borong Selangor di sini, didapati berdegil hasil pemeriksaa­n mengejut dilakukan 40 pegawai dan anggota penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor di pasar itu jam 9 pagi semalam.

Dalam serbuan Operasi Harga (Op Harga) itu, 188 notis amaran dikeluarka­n terhadap peniaga yang diperiksa.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub berkata, serbuan bermula jam 9 pagi membabitka­n 188 premis perniagaan di kawasan terbabit.

“Masih ramai peniaga yang berdegil dalam mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa apabila dikesan melakukan pelbagai kesalahan berulang.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati, kebanyakan mereka tidak mengendahk­an arahan pihak berkuasa termasuk tidak mempamerka­n tanda harga dan alat timbang digunakan untuk tujuan perdaganga­n tamat tempoh,” katanya.

Abdul Rosik berkata, pasar borong itu antara lokasi ‘panas’ yang sering menjadi tumpuan pihaknya dengan pemantauan dijalankan secara berkala bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

“Peniaga yang mendapat notis amaran boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan kompaun hingga RM2,000.

“Bagaimanap­un, tiada tangkapan dibuat dalam operasi berkenaan,” katanya.

 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK memeriksa premis perniagaan di Pasar Borong Selangor, semalam.
PENGUAT kuasa KPDNKK memeriksa premis perniagaan di Pasar Borong Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia