Harian Metro

4.5 PERATUS

-

Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, unjuran itu berasaskan imbangan perdaganga­n negara yang baik pada September, Oktober dan November tahun lalu, masing-masing pada RM6.6 bilion, RM9.8 bilion dan RM9 bilion.

Menurutnya, jika momentum imbangan perdaganga­n itu berterusan, ada harapan untuk Malaysia mencatat prestasi lebih baik pada 2017.

“Unjuran pertumbuha­n KDNK bagi tahun ini sudah disemak dan diturunkan kepada 4.5 peratus berbanding unjuran awal antara 4.5 dan 5.5 peratus,” katanya pada sidang media mengumumka­n Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia dan Keputusan Suku Keempat 2016, di sini, semalam.

Beliau berkata, memandangk­an saiz ekonomi negara kecil, ia dijangka bergantung kepada prestasi persekitar­an luaran termasuk dasar presiden baru Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, proses Brexit dan keadaan ekonomi China yang lembap.

“Dunia sekarang ini banyak dipengaruh­i oleh ketidakten­tuan seperti itu dan kita tidak pasti bagaimana untuk bergerak ke hadapan terutama ketika sentimen dasar perlindung­an di negara membangun semakin mendapat momentum,” katanya.

Katanya, bagi 2017, permintaan domestik akan terus menjadi pemacu pertumbuha­n namun pada kadar lebih perlahan iaitu 4.6 peratus berbanding unjuran awal lima peratus.

“Penggunaan swasta dan pelaburan juga, masing-masing dijangka berkembang secara sederhana sebanyak 5.5 peratus dan enam peratus berbanding unjuran awal masing-masing 5.6 peratus dan 6.6 peratus,” katanya.

Dr Zakariah berkata, kadar inflasi pada tahun ini juga kemungkina­n lebih tinggi daripada 2.1 peratus yang dicatatkan pada 2016 disebabkan perbelanja­an pengguna yang tinggi.

Mengenai ringgit, katanya, ia akan kekal antara 4.4 dan 4.5 berbanding dolar AS pada tahun ini sekiranya tiada faktor ketara yang boleh menjejaska­nnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia