Harian Metro

Jakel buka cawangan di Senawang

-

Seremban: Syarikat pembekal dan pemborong tekstil, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) mengembang­kan perniagaan­nya dengan membuka gedung tekstil kedua terbesar di Senawang dekat sini, semalam.

Pembukaan cawangan ke-21 itu memberi penawaran istimewa kepada pelanggan, malah membuktika­n komitmen Jakel meneruskan legasi perniagaan tekstil yang bertapak 34 tahun di negara ini.

Berkeluasa­n 100,000 kaki persegi, Jakel Senawang beroperasi di bangunan lima tingkat menawarkan pelbagai jenis kain dengan harga kompetetif.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Jakel menghimpun­kan lebih ratusan produk tekstil yang mempunyai kepelbagai­an jenis dan warna.

Beliau berkata, setiap aras menempatka­n kepelbagai­an fabrik mengikut kategori termasuk koleksi kain ‘washable’, kain meter baju Melayu, fabrik poliester bercorak, koleksi baju Melayu siap, sarung batik dan pelikat serta telekung dan sejadah.

“Koleksi kain lebih kepada corak warna segar dan moden. Kami mengutamak­an kualiti kain bagi memenuhi keperluan dan cita rasa pelanggan daripada pelbagai kategori.

“Selain itu, bangunan ini turut menempatka­n produk tudung Ariani, anak syarikat Jakel yang membuka cawangan ke-20, selain koleksi produk Creacion milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Norhaliza Tarudin.

“Saya percaya cawangan baru Jakel ini akan mendapat sambutan baik daripada pelanggan negeri ini, malah dari Lembah Klang kerana mudah dihubungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS),” katanya selepas perasmian Jakel Senawang, semalam.

Menurutnya, pihaknya memperuntu­kan RM100 juta bagi membuka gedung berkenaan.

 ??  ?? MOHAMED Faroz (kiri) menunjukka­n antara kain berkualiti dijual di gedung Jakel, Senawang.
MOHAMED Faroz (kiri) menunjukka­n antara kain berkualiti dijual di gedung Jakel, Senawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia