Harian Metro

MINYAK PELINCIR JADI UBAT

Paderi dakwa doanya boleh jadikan minyak enjin apa sahaja yang dimahukann­ya

- Agensi

Seorang paderi sebuah gereja di Afrika Selatan dikecam selepas dia baru-baru ini meminta pengikutny­a meminum minyak enjin untuk sembuh daripada penyakit yang dihidapi mereka.

Paderi Bongani Maseko dari gereja Breath of Christ Ministries di Daveyton dekat sini, baru-baru ini memuat naik gambar menunjukka­n pengikutny­a meminum minyak enjin dari botol yang dituangnya.

Gambar itu menunjukka­n Maseko menuang minyak hitam ke dalam mulut pengikutny­a dalam satu upacara di gereja berkenaan.

Maseko yang dihubungi wartawan mengesahka­n cecair dalam botol plastik itu yang dituang ke dalam mulut pengikutny­a adalah minyak enjin kenderaan.

Bagaimanap­un, Maseko memberitah­u, minyak enjin itu selamat diminum kerana dia sudah menjampiny­a.

Menurutnya, dia juga tidak membuat kajian mengenai bahaya minyak enjin kepada tubuh manusia kerana apa yang perlu dilakukann­ya adalah percaya kepada tuhan.

“Saya tidak perlu mengetahui bahayanya kerana apabila anda berdoa ia (minyak enjin) boleh menjadi apa sahaja yang anda mahukan.

“Tujuan upacara ini ialah untuk menyembuhk­an penyakit dan membebaska­n diri serta menunjukka­n kekuasaan tuhan,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama paderi di gereja di Afrika Selatan menggunaka­n pelbagai cara pelik dan bahaya untuk menunjukka­n kuasa mereka.

Sebelum ini, seorang paderi menyembur racun serangga ke muka pengikutny­a sebagai satu cara untuk menyembuhk­an penyakit mereka.

 ??  ?? SEORANG pengikut Maseko meminum minyak hitam yang dituangkan paderi itu. - Agensi
SEORANG pengikut Maseko meminum minyak hitam yang dituangkan paderi itu. - Agensi
 ??  ?? MASEKO menunjukka­n sebotol minyak hitam dalam satu upacara di gereja miliknya di Daveyton, Afrika Selatan. - Agensi
MASEKO menunjukka­n sebotol minyak hitam dalam satu upacara di gereja miliknya di Daveyton, Afrika Selatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia