Harian Metro

Wanita kayu

Sulami hidap penyakit ganjil yang menyebabka­n sendi anggota badannya kaku

- Agensidige­lar

Setiap hari saya berdoa supaya sembuh daripada penyakit ini dan mampu hidup berdikari kerana tidak mahu menyusahka­n keluarga saya”

Sulami

Seorang wanita di sini ‘wanita kayu’ selepas dia menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabka­n hampir semua sendi anggota badannya tidak boleh digerakkan.

Sulami, 35, yang tinggal di Desa Mojokerto Kedawung di Sragen, Jawa Tengah, menghidap penyakit ganjil itu sejak 10 tahun lalu dan kini terpaksa bergantung kepada neneknya yang berusia 90 tahun untuk menguruska­n diri.

Doktor memberitah­u, Sulami menghidap genetik Ankylosing Spondyliti­s atau lebih dikenali sebagai ‘tulang belakang buluh’ yang menjadikan tubuh wanita itu kaku seperti kayu.

Sulami hanya mampu menggerakk­an pergelanga­n tangannya dan bercakap serta terpaksa menggunaka­n tongkat untuk berjalan seperti robot.

Wanita itu memberitah­u, dia menjalani kehidupan normal ketika kanak-kanak tetapi sendi badannya mula mengeras ketika dia meningkat remaja.

Keadaan itu menyebabka­n Sulami menghabisk­an kebanyakan masa dengan berbaring dan dia juga membuat hiasan manik untuk dijual sebagai sumber pendapatan.

Untuk tidur juga Sulami terpaksa meminta bantuan neneknya atau saudaranya yang lain kerana dia tidak boleh membengkok­kan badan.

Sulami sebelum ini mempunyai seorang abang kembar lelaki yang menghidap penyakit sama tetapi meninggal dunia tiga tahun lalu.

Menurut Sulami, dia sudah berusaha merawat penyakitny­a itu di hospital dan juga secara tradisiona­l tetapi sehingga kini usahanya itu tidak menunjukka­n sebarang hasil.

Walaupun tubuhnya kaku dan sukar bergerak, Sulami tidak pernah meninggalk­an solat dan dia sering membaca kitab suci al-Quran dan berzikir.

“Setiap hari saya berdoa supaya sembuh daripada penyakit ini dan mampu hidup berdikari kerana saya tidak mahu menyusahka­n keluarga saya,” katanya.

 ??  ?? SEORANG saudara lelaki Sulami membantu wanita itu baring di atas katil. - Barcroft
SEORANG saudara lelaki Sulami membantu wanita itu baring di atas katil. - Barcroft
 ??  ?? SULAMI kini bergantung pada neneknya
(kiri) untuk menguruska­n diri. - Barcroft
SULAMI kini bergantung pada neneknya (kiri) untuk menguruska­n diri. - Barcroft

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia