Harian Metro

4 bulan tinggal dalam kereta Rain, Kim kini suami isteri

- Agensi

Dubai: Seorang wanita Britain keturunan India yang melawat Dubai berkata, dia tinggal di dalam sebuah kereta sejak empat bulan lalu selepas kehabisan wang dan terpaksa berhutang.

Katanya, dia tidak dapat membayar hutang berkenaan kecuali memperoleh pekerjaan.

Aisha yang sebelum ini bekerja sebagai perunding Sumber Manusia berkata, dia tiba di Dubai dari London pada 6 September lalu untuk menutup sebuah syarikat yang pernah ditubuhkan­nya.

Bagaimanap­un, ia berakhir dengan dia kehabisan wang sehingga terpaksa berhutang.

“Saya meminjamka­n Dh40,000 (RM48,000) untuk seorang pesakit kanser menjalani rawatan di luar negara. Hingga kini saya tidak dapat wang itu semula,” katanya.

Menurutnya, dia kini begitu terdesak untuk mendapatka­n pekerjaan bagi membolehka­n dia menjelaska­n sewa kereta.

Lebih buruk lagi, denda kerana tinggal melebihi tempoh visa juga semakin meningkat.

“Saya tidak mempunyai wang dan bergantung kepada rakan lama dan orang ramai untuk makan. Saya meletakkan kereta saya merata tempat dan cuba tidur pada malam hari. Untuk mandi, saya gunakan bilik air hotel. Saya tidak boleh meminta bantuan rakan kerana mereka pernah menolong saya dan kini mereka tidak menjawab panggilan telefon saya. Saya memahami tindakan mereka,” katanya. - Agensi

Penyanyi dan juga pelakon terkenal Korea Selatan, Rain dan aktres Kim Tae-Hee melangsung­kan perkahwina­n mereka dalam satu majlis sederhana di sebuah gereja Katolik di sini, semalam.

Kedua-dua selebriti berkenaan bertukar-tukar hadiah perkahwina­n dan melakukan upacara keagamaan di

Majlis dihadiri keluarga, rakan rapat dan pegawai kanan agensi pengurusan masing-masing

majlis yang dihadiri keluarga, rakan rapat dan pegawai kanan agensi pengurusan masing-masing.

Antara selebriti yang dijemput hadir ialah aktor Ahn Sung-ki, penyanyi Park Jin-young, Psy dan Park Jun-hyeong serta aktres Lee Honey yang belajar di universiti sama dengan Kim.

Rain dan Kim, kedua-duanya penganut Katolik, mengumumka­n pertunanga­n mereka Selasa lalu tetapi tidak mendedahka­n tarikh dan tempat perkahwina­n mereka kerana mahukan majlis itu diadakan secara sederhana.

Mereka hanya memaklumka­n kepada tetamu mengenai masa dan tempat itu pagi tadi.

Gereja itu bagaimanap­un dikawal ketat beberapa jam sebelum majlis berlangsun­g bagi menghalang wartawan membuat liputan.

Rain dilapor tiba jam 1 tengah hari (waktu tempatan).

Rain, 34, dan Kim, 37, mula berkenalan ketika rakaman iklan televisyen pada 2011 dan mula berpacaran secara rasmi pada 2012.

Hubungan mereka mendapat tumpuan meluas media tempatan dan juga luar negara kerana kedua-duanya selebriti terkenal dalam industri hiburan Korea. Rain juga mempunyai ramai peminat di negara Asia lain.

Mereka sebelum ini menafikan beberapa khabar angin bahawa persahabat­an mereka akan berakhir dengan perkahwina­n.

Dalam pada itu, ejen yang menguruska­n Rain berkata, pasangan itu belum memutuskan untuk berbulan madu.

 ??  ?? RAIN dan Kim di dalam gereja pada hari perkahwina­n mereka, semalam. - Agensi
RAIN dan Kim di dalam gereja pada hari perkahwina­n mereka, semalam. - Agensi
 ??  ?? AISHA tinggal di dalam kereta yang disewanya sejak empat bulan lalu. - Agensi
AISHA tinggal di dalam kereta yang disewanya sejak empat bulan lalu. - Agensi
 ??  ?? WARTAWAN dan orang ramai berkumpul di luar gereja tempat perkahwina­n berlangsun­g. - Yonhap
WARTAWAN dan orang ramai berkumpul di luar gereja tempat perkahwina­n berlangsun­g. - Yonhap
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia