Harian Metro

25 bomba terperangk­ap

- Agensi

Kira-kira 25 anggota bomba dikhuatiri terperangk­ap di bawah runtuhan bangunan lama 15 tingkat di pusat bandar raya ini berikutan kebakaran semalam.

Kejadian berlaku ketika usaha memadamkan kebakaran pada bangunan Plasco itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Menurut laporan, 200 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian dan puluhan daripada mereka mungkin berada di dalam bangunan itu apabila ia runtuh.

Ramai anggota penyelamat itu dikatakan mengalami kecederaan sebelum bangunan yang dibina pada awal 1960-an dan menempatka­n sebuah pusat beli-belah roboh.

Pegawai masih belum mengesahka­n mengenai sebarang kematian.

Bagaimanap­un, Datuk Bandar Teheran, Mohammad Bagher Ghalibaf memberitah­u stesen televisyen Iran, antara 20 dan 25 anggota bomba dipercayai berada dalam bangunan itu ketika ia runtuh.

Rangka keluli bangunan itu dapat dilihat bengkok ke bawah dengan kira-kira 100 kereta bomba dan puluhan ambulans berada di sekeliling­nya.

Seorang pegawai dipetik oleh media tempatan sebagai berkata, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.

Sementara itu, Presiden Hassan Rouhani mengarahka­n siasatan dijalankan serta-merta dan pampasan dibayar kepada mereka yang terbabit.

Jurucakap bomba,

Jalal Malkeias berkata, penghuni bangunan sudah dibawa keluar tetapi anggotanya masih berusaha untuk mengawal kebakaran apabila bangunan itu roboh.

Menurut Jalal, bangunan itu memang diketahui tidak mematuhi standard keselamata­n.

“Kami memberi amaran berulang kali kepada pengurus bangunan itu mengenai keselamata­n.

“Tidak ada pemadam api secukupnya. Malah ruang tangga juga digunakan untuk menyimpan barangan.

“Mereka tidak mengendahk­an amaran kami,” katanya.

Bangunan Plasco itu adalah pusat beli-belah pertama di Teheran dan menjadi bangunan yang tertinggi apabila ia siap pada 1962.

Bangunan lama 15 tingkat di Teheran terbakar sebelum runtuh

 ??  ?? KEADAAN bangunan berkenaan selepas ia runtuh. - AFP
KEADAAN bangunan berkenaan selepas ia runtuh. - AFP
 ??  ?? BANGUNAN yang terbakar itu sebelum ia runtuh. - Reuters
BANGUNAN yang terbakar itu sebelum ia runtuh. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia