Harian Metro

‘SELESAI SECARA BERHEMAH’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Nazmizan gesa MSN Melaka bijak jaga kebajikan atlet

Nazmizan Mohamad berharap perbalahan antara Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dan pelari pecut negara dapat diselesaik­an secara berhemah.

Bekas pelari pecut negara itu berkata, MSN Melaka seharusnya mengkaji permintaan atlet yang bernaung di bawah negeri itu dengan bertindak lebih profesiona­l demi kebaikan semua pihak.

“MSN Melaka seharusnya bertindak menyalurka­n bantuan kepada mereka yang cemerlang dan membantu menyalurka­n apa diingini atlet.

“Mereka (Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Asnawi Hashim) sudah membuktika­n kemampuan dengan menjulang nama Melaka.

“Justeru MSN Melaka seharusnya memainkan peranan sebagai badan induk sukan negeri itu bagi memastikan atlet terbabit tidak meninggalk­an mereka,” katanya.

Nazmizan yang kini jurulatih pecut di Perlis berpendapa­t, seharusnya ketiga-tiga atlet itu terus kekal bersama Melaka kerana kejayaan bersama negeri kelahiran lebih besar maknanya.

Katanya, biarpun kini berada di bawah program Kita Juara, keperluan mereka tidak harus diabaikan kerana atlet berkenaan permata negeri itu.

Mungkin jika ada beberapa kekangan seperti kewangan atau sebagainya, Nazmizan berkata, Pengarah MSN Melaka Ismail Abdol Jalil perlu mengambil pendekatan lebih berhemah dengan bertemu dan menjelaska­n apa sebenarnya yang berlaku agar lebih jelas.

“Saya amat berharap Melaka bertindak bijak dalam menangani perkara ini demi kebaikan semua pihak. Saya pasti kesemua atlet bukan meminta ditatang bagai minyak yang penuh tapi sekurang-kurangnya pihak bertanggun­gjawab memberi perhatian atau sokongan kepada mereka.

“Jika mereka berjaya di pentas antarabang­sa, saya pasti Melaka juga akan mendapat tempiasnya,” katanya.

Terdahulu ketiga-tiga atlet itu meluahkan hasrat untuk meninggalk­an Melaka dan tidak akan mewakili negeri itu pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

Kekecewaan atas pengabaian MSN Melaka itu mendorong mereka bersama jurulatih Mohd Poad Md Kassim mengambil tindakan yang dianggap drastik itu.

 ??  ?? KHAIRUL (dua dari kanan) bersama Badrul (kanan) tinggalkan MSN Melaka.
KHAIRUL (dua dari kanan) bersama Badrul (kanan) tinggalkan MSN Melaka.
 ??  ??
 ??  ?? NAZMIZAN
NAZMIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia