Harian Metro

PSM mohon tangguh 14 hari

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Ahmad tuntut penjelasan ISTAF mengenai denda ke atas pemain sebelum buat rayuan

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meminta penjelasan terperinci berhubung denda AS$18,000 (RM80,136) dikenakan terhadap pemain dan pegawainya.

Menurut Presiden Datuk Ahmad Ismail, pihaknya sudah menghantar surat kepada Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) berhubung perkara itu.

“Saya meminta penjelasan mengenai asas hukuman dikenakan kepada pemain dan pegawai negara. Surat yang dihantar ISTAF itu memaklumka­n denda berkenaan terlalu ringkas.

“Jadi, PSM mahu mengetahui tindakan denda itu berdasarka­n peraturan mana yang diguna pakai. Ia bagi membolehka­n rayuan dilakukan dengan betul dan tepat,” katanya.

Lembaga Disiplin ISTAF mengenakan denda terhadap tiga pemain dan tiga pegawai skuad negara susulan enggan meneruskan aksi final berpasukan Piala Raja Thailand di Bangkok, Oktober tahun lalu.

Mereka, pada minggu lalu, memutuskan regu kedua negara diketuai Izurin Refin, Afifuddin Razali dan Safarudin Abu Bakar dikenakan denda AS$2,000 (RM8,907) seorang dengan tarikh akhir esok atau berdepan penggantun­gan tiga bulan.

Pengurus skuad negara Mohd Zambri Abdul Rahman, ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad dan penolong jurulatih Rashidi Nordin pula berdepan penggantun­gan enam bulan sekiranya gagal menjelaska­n denda AS$4,000 (RM17,815) seorang esok.

“Jadi, situasi ini juga menyebabka­n PSM memohon tempoh tambahan 14 hari (untuk membayar denda). Susah untuk kami melakukan rayuan jika tiada maklumat terperinci,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia