Harian Metro

Thailand bikin cemas KLHC perlu ikat Hyun Woo

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ Anak buah Dhaarma berjaya atasi lawan walau bermula goyah

Thailand mencetuska­n rasa cemas buat pasukan wanita negara sebelum skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menang 3-0 pada aksi suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia malam tadi.

Susulan kejayaan itu, skuad negara akan membuat perhitunga­n dengan Itali pada aksi separuh akhir esok.

Suku pertama menyaksika­n skuad negara lebih menguasai permainan apabila meraih sekurang-kurangnya dua peluang terbaik, namun kedua-duanya disia-siakan begitu saja.

Peluang terbaik hadir menerusi Noraslinda Said yang membuat pukulan kilas pada minit ke-12, namun sedikit tersasar.

Suku kedua pula menyaksika­n Thailand memberikan tekanan tetapi benteng pertahanan skuad negara tetap mampu menyerap asakan lawan.

Thailand memperoleh pukulan sudut penalti pertama pada minit ke-30, namun gagal menghasilk­an sebarang jaringan.

Kegagalan menghasilk­an gol pada separuh masa pertama menyaksika­n skuad negara sedikit goyah dan beraksi dalam tekanan hingga memasuki separuh masa kedua.

Malaysia memperoleh pukulan sudut penalti pertama pada minit ke-35, namun sama seperti Thailand mereka juga gagal memanfaatk­an peluang terbaik itu.

Kapten Siti Noor Amarina Ruhani akhirnya melegakan kem negara apabila menyempurn­akan pukulan sudut penalti minit ke-38 untuk gol pertama.

Malaysia berpeluang menambah jaringan tetapi dua pukulan sudut penalti diraih selepas itu tidak menghasilk­an gol.

Pada minit ke-49, skuad negara sekali lagi dihadiahka­n pukulan sudut penalti, tetapi set piece dilakukan Kuala Lumpur: Kapten Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) Mohamad Sukri Abdul Mutalib mahu rakan sepasukann­ya memberi tumpuan kepada tonggak import Maybank Nam Hyun Woo apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia, hari ini.

Jelas Sukri, dia cukup mengenali pemain yang beraksi di Sukan Olimpik London itu kerana pernah beraksi bersama KLHC sebelum ini.

“Dia pakar pukulan sudut penalti ketika bersama kami dulu. Saya rasa dia antara pemain yang perlu diberi tumpuan.

“Untuk itu, kami tidak boleh memberi ruang terlalu anak buah Dhaarma masih tidak menjadi.

Norazlin Sumantri menambah gol kedua skuad negara pada minit ke-56 selepas memperoleh peluang terbaik dalam kawasan D Thailand.

Nuraini Abdul Rashid melengkapk­an kemenangan Malaysia dengan meraih gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-60. banyak kepada lawan untuk memperoleh pukulan sudut penalti,” katanya menjelang perlawanan yang bakal berlangsun­g di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.

Selain Hyun Woo yang sudah meledak dua gol, bekas pemain skuad kebangsaan Hafifihafi­z Hanafi juga dilihat mampu memberi ancaman kepada KLHC apabila sudah menjaringk­an empat gol dalam tiga perlawanan.

Sementara itu Sukri berkata, dia serta rakan sepasukann­ya perlu terus meraih tiga mata penuh apabila bertemu Maybank dalam usaha mereka untuk merampas kedudukan teratas liga daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

 ??  ?? PEMAIN Malaysia, Surizan Awang Noh
(kanan) mengasak pemain dari Thailand, Tikhamporn Tongkham.
PEMAIN Malaysia, Surizan Awang Noh (kanan) mengasak pemain dari Thailand, Tikhamporn Tongkham.
 ??  ?? AKSI Itali ketika menentang Hong Kong.
AKSI Itali ketika menentang Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia