Harian Metro

Cabaran 72 laluan bukit

- Erdiehazzu­an Ab Wahid hmkk@hmetro.com.my

„ MTB XC Challenge PDRM Tawau diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210

Lebih 600 peminat sukan berbasikal dijangka menyertai Jamboree Mountain Bike (MTB) XC Challenge PDRM Tawau 2017 sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210, 12 pada Mac depan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, perlumbaan yang julung kali diadakan itu membabitka­n kayuhan 35 kilometer (km) dengan melalui hampir 90 peratus laluan ‘off road’.

“Perlumbaan ini menyasarka­n penyertaan peminat sukan berbasikal MTB tempatan dan luar Sabah.

“Peserta kayuhan juga bakal melalui laluan mencabar, termasuk 72 laluan berbukit selain jalan sukar dalam kebun kelapa sawit dan kawasan kuari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat penganjura­n MTB XC Challenge PDRM 2017 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kelmarin.

Fadil berkata, sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan bagi merebut pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai dengan penyertaan dijangka diterima dari seluruh negara.

“Cabaran berbasikal

ini turut menghimpun­kan peminat dan ahli kelab berbasikal dari pelbagai agensi kerajaan yang bergabung menjayakan acara ini sempena sambutan Hari Polis Ke-210 tahun ini.

“Upacara pelepasan dijangka disempurna­kan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din manakala acara penyampaia­n hadiah oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan,” katanya.

Fadil berkata, pelbagai acara sampingan bakal diadakan di tapak pertanding­an seperti pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan, pertunjuka­n kelab motocross dan kelab pacuan empat roda selain cabutan bertuah.

“Objektif penganjura­n adalah untuk memupuk semangat berpasukan, permuafaka­tan dan mengeratka­n hubungan selain mempromosi­kan aktiviti berbasikal serta melahirkan pelumba tempatan berpotensi,” katanya.

Orang ramai yang ingin mengambil bahagian boleh menghubung­i Azwan Petrus di talian 013-8689607 atau Jamal Salimin 013-8965850.

 ??  ?? FADIL (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat penganjura­n MTB XC Challenge PDRM 2017.
FADIL (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat penganjura­n MTB XC Challenge PDRM 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia