Harian Metro

United atasi Real raih pendapatan terbanyak

-

London: Kegagalan Manchester United melakar keputusan baik di tengah padang tidak menjadi masalah apabila buat kali pertama dalam lebih sedekad mereka mengunggul­i catatan Deloitte bagi hasil pendapatan terbanyak pada musim 2015-16.

United, yang kali terakhir menduduki tangga pertama pada kempen 2003-04, meraih pendapatan dengan rekod 689 juta euro (RM3.27 bilion) sekali gus mengetepik­an pemenang Liga Juara-Juara Real Madrid yang mendominas­i bagi 11 tahun terakhir.

United mengunggul­i carta hasil pendapatan terbanyak dalam musim yang mana mereka gagal menyerlah di bawah kendalian Louis van Gaal dalam liga atau Liga Juara-Juara sebelum beliau dipecat, semuanya kerana satu perkara menurut Tim Bridge, konsultan kanan di Deloitte.

“Kuasa komersial Manchester United meletakkan mereka di puncak liga ini,” katanya.

Lebih mengecewak­an buat Real sekalipun melepasi catatan 600 juta euro (RM2.8 bilion) buat kali pertama, mereka juga mendapati disingkir ke tangga ketiga oleh musuh tradisi Barcelona, yang mengatasi mereka dengan hanya 100,000 euro (RM475,000), 620.2 juta euro (RM2.94 bilion) berbanding Real 620.1 juta euro (RM2.93 bilion), sekalipun kelab Catalunya itu belum pernah mengunggul­i carta.

Tiga pasukan teratas itu turut memenuhi tiga tangga teratas apabila Deloitte kali pertama mengadakan liga itu pada musim 1996-97 dengan United mengunggul­inya ketika itu dengan £88 juta (RM482 juta).

Penguasaan United bagaimanap­un mungkin tidak bertahan lama kerana mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara musim ini, sekalipun mereka mendapat faedah hasil perjanjian TV Liga Perdana musim ini, menurut Bridge.

Juara Jerman Bayern Munich dan Manchester City melengkapk­an lima tangga teratas ketika kelab gergasi Perancis Paris Saint Germain tersingkir daripada kelompok lima teratas sebaliknya berada di tangga keenam. - AFP penjaga gol Claudio Bravo, pemain yang menyingkir­kan penjaga gol England Joe Hart, serta pertahanan tengah mahal John Stones, beraksi di bawah tahap sebenar.

Sepuluh mata di belakang Chelsea, Guardiola sudah menyerah kalah apabila menyatakan City tidak mampu mencabar kejuaraan lagi selepas bencana di Goodison Park.

Spurs pula tidak berdepan banyak masalah sekalipun Jan Vertonghen mengalami kecederaan buku lali menentang West Brom Sabtu lalu sedikit mencacatka­n rentetan kemenangan mereka akhir-akhir ini. - Reuters

 ??  ??
 ??  ?? LUCAS (kiri)
meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan Coutinho.
LUCAS (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan Coutinho.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia