Harian Metro

Zidane kecewa J

- AFP

urulatih Real Madrid Zinedine Zidane mengakui beliau terkejut dengan permulaan lembab pasukannya ketika mereka mengalami kekalahan kedua dalam tempoh empat hari, kali ini 1-2 di laman sendiri menentang Celta Vigo pada suku akhir pertama Piala Raja Sepanyol, awal pagi semalam.

Anak buah Zidane tidak kalah dengan rekod Sepanyol 40 perlawanan sejak April tahun lalu sebelum melepaskan gol dua kali dalam tempoh lima minit terakhir sebelum tewas 1-2 di Sevilla, Ahad lalu.

Zidane percaya juara Eropah itu mengalami sindrom

(gambar)

kekecewaan berikutan aksi 45 minit pertama yang tidak mempunyai sebarang aksi di depan pintu gol di Santiago Bernabeu dengan suhu menjunam di bawah paras beku.

“Ia satu perlawanan yang pelik, terutama pada permulaann­ya,” tegas Zidane.

“Kami perlu menganalis­isnya, sudah pasti ada sesuatu yang tidak betul. Kami tidak melakukan apa yang dirancang terutama tekanan terhadap lawan. Kami tidak menekan lawan pada permulaan perlawanan.”

Bagaimanap­un, kesilapan sebenar tuan rumah berlaku dalam tempoh enam minit pada pertengaha­n babak kedua apabila Celta meraih dua gol penting di tempat lawan dan kemenangan pertama

„ Real alami kekalahan kedua dalam tempoh empat hari selepas dimalukan Celta Vigo

mereka di Bernabeu dalam tempoh sedekad.

Gol ke-15 Iago Aspas musim ini meletakkan pelawat di depan sebelum Marcelo menyamakan kedudukan dengan sepakan voli menarik lima minit kemudian.

Namun Celta kembali di depan apabila pertahanan kiri Jonny menggunaka­n kesempatan kesilapan benteng pertahanan Madrid untuk merembat masuk gol kemenangan. Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi bagi aksi kedua pada 25 Januari ini.

“Tiada sebarang alasan. Kami adalah Real Madrid,” ujar Zidane.

 ??  ?? PEMAIN Real Madrid Sergio Ramos (kanan) menanduk bola ketika bertemu Celta Vigo.
PEMAIN Real Madrid Sergio Ramos (kanan) menanduk bola ketika bertemu Celta Vigo.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia