Harian Metro

Cameroon hampiri aksi suku akhir

-

Libreville, Gabon: Cameroon semakin hampir ke suku akhir Piala Negara Afrika selepas mengatasi Guinea-Bissau 2-1 awal pagi semalam manakala tuan rumah Gabon masih menanti kemenangan pertama di sebalik satu lagi gol sumbangan Pierre-Emerick Aubameyang.

Indomitabl­e Lions bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Guinea-Bissau dengan Sebastien Siani dan Michael Ngadeu menyumbat gol selepas calon gol terbaik kejohanan jaringan Piqueti membantu pasukan kali pertama beraksi itu mendahului.

Cameroon sedar kini seri menentang Gabon pada perlawanan terakhir Kumpulan A Ahad ini akan memastikan tiket ke suku akhir buat mereka selepas penampilan pada pusingan akhir dicemari dengan keengganan beberapa pemain bintang menerima panggilan.

Terdahulu, sepakan penalti Aubameyang membantu Gabon bangkit sebelum seri 1-1 dengan Burkina Faso selepas Prejuce Nakoulma meletakkan Stallions di depan di Stadium de l’Amitie. Ia keputusan seri 1-1 kedua mereka dalam dua perlawanan.

Cameroon berkunjung ke Gabon dengan skuad paling lemah mereka dalam sejarah Piala Negara Afrika namun pasukan kendalian Hugo Broos itu bermain baik ketika seri dengan Burkina Faso pada aksi pertama dan mempamerka­n semangat juang bangkit daripada ketinggala­n menentang Guinea-Bissau.

Pasukan kerdil Afrika barat itu hampir mencetus kemenangan sulung pada kejohanan itu apabila Piqueti, yang bermain dengan pasukan B Sporting Braga dalam divisyen dua Portugal, meletakkan mereka di depan pada minit ke-13.

Bagaimanap­un, Cameroon menyamakan kedudukan apabila kapten Benjamin Moukandjo melorongka­n bola kepada pemain tengah Siani yang merembat kencang menggegar jaring dari jarak 20 ela selepas sejam.

Ngadeu, pertahanan Slavia Prague, kemudian melakukan rembatan leret bagi memastikan kemenangan sekalipun jurulatih dari Belgium Broos tidak berpuas hati.

“Persembaha­n babak pertama kami tidak setaraf Indomitabl­e Lions, ia lebih kepada singa yang jinak,” katanya. - AFP

 ??  ?? AUBAMEYANG jaring gol menerusi sepakan penalti.
AUBAMEYANG jaring gol menerusi sepakan penalti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia