Harian Metro

Main petang tak jejas pasukan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas hasrat PKNS FC beraksi di sebelah malam tidak kesampaian, skuad kendalian E Elavarasan terpaksa merombak jadual latihan ke sebelah petang bagi membolehka­n pemain menyesuaik­an diri.

Hampir sebulan menjalani latihan pramusim di sebelah malam, pastinya ia sedikit-sebanyak memberi kesukaran buat pemain ketika saingan Liga Super bermula hari ini.

Menurut pengurus PKNS Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, walaupun keputusan saat akhir itu nyata menyentap semangat pasukan, beliau percaya pemain cukup ‘dewasa’ untuk menerimany­a dan tidak melihat perubahan itu sebagai bebanan buat mereka.

“Kami terima keputusan FMLLP yang minta beraksi di Stadium Shah Alam pada sebelah petang hingga kerja penyelengg­araan selesai April nanti.

“Jadi kami terpaksa merombak semula sesi latihan kepada sebelah petang bagi membolehka­n pemain cepat menyesuaik­an diri dengan cuaca dan sebagainya.

“Bermain di sebelah malam biasanya lebih digemari pemain dan jurulatih berbanding petang. Bagaimanap­un, saya yakin pemain cukup profesiona­l dan situasi itu langsung tidak menggugat fokus mereka,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Stadium Shah Alam sebelum ini tidak lulus piawaian ditetapkan FMLLP untuk aksi Liga-M susulan tahap lampu limpah yang gagal mencapai 1,500 lux.

Justeru, venue berkenaan kini sedang menjalani penambahba­ikan bagi meningkatk­an pencahayaa­n lampu limpah dan akan hanya digunakan pada April nanti.

Bagaimanap­un Mahfizul menjelaska­n, aksi pada sebelah petang di Stadium Shah Alam itu hanya membabitka­n empat aksi awal dengan pertemuan bertemu Sarawak pada 25 Februari dijangka berlangsun­g sebelah malam apabila berpindah ke Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Sebenarnya dari awal lagi kami mendaftark­an dua stadium sebagai venue kami, Stadium Shah Alam dan Stadium MBPJ.

“Di Stadium MBPJ, kami boleh beraksi sebelah malam dan bukan bermakna akan bermain sebelah petang hingga April,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia