Harian Metro

Danso, Celin bakal sarung jersi TRW

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Masalah pencarian pengganti dua import disingkirk­an, kelmarin selesai dalam tempoh kurang 24 jam apabila dua pemain import baru Kelantan tiba di negeri ini, petang semalam.

Bekas pemain pertahanan kebangsaan Gambia, Mamadou Danso, 33, dan Alessandro Padovani Celin, 27, dari Brazil sedang diuji untuk menyarung jersi pasukan The Red Warriors (TRW).

Kedua-duanya dikatakan bakal menggantik­an bekas pemain Piala Dunia 2014 Cameroon, Cedric Djeugoue dan Okiki Afolabi dari Nigeria yang cedera dan gagal mematuhi peraturan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Danso pemain pertahanan kebangsaan Gambia sebelum beraksi bersama Kelab Rayo OKC selama setahun, manakala Celin kini bersama Kelab CS Concordia Chiajna, Romania.

Sumber dalaman KAFA ketika ditanya perkhabara­n

terbaru itu, tidak menafikann­ya, malah memberitah­u kedua-dua pemain terbabit antara enam calon import yang berada dalam senarai menunggu.

Katanya, setakat ini semua proses dokumentas­i bagi kedua-dua pemain itu hampir siap sebelum mereka menjalani ujian pemeriksaa­n kesihatan dan kecergasan.

“Danso mempunyai ketinggian 191 sentimeter, memiliki sedikit persamaan dengan bekas pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dari segi fizikal, manakala Celin berskil tinggi dengan rentak ala samba,” katanya semalam.

Menurutnya, jika semuanya lulus, tidak mustahil kedua-dua pemain itu akan diperkenal­kan dalam Majlis Pelancaran Jersi TRW 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini.

 ??  ?? DJEUGOUE
DJEUGOUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia