Harian Metro

Sasar lima terbaik Berita baik buat Perak

- Azmil Sulaiman sukan@hmetro.com.my Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Sarawak menetapkan sasaran menduduki kelompok lima teratas Liga Super musim ini. Justeru, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Abdul Wahab Rahim berkata, sandaran musim baru ini banyak terletak di bahu anak tempatan.

“Seperti yang sedia maklum, rata-rata pemain Sarawak membabitka­n anak watan. Jadi, mereka harus membuktika­n mampu melonjakka­n Bujang Senang ke peringkat lebih tinggi.

“Kami menyasarka­n untuk membuatkan kehadiran Sarawak dirasai dalam kempen Liga Super kali ini dan akan berusaha untuk menempatka­n diri dalam kelompok lima teratas,” katanya pada Majlis Pelancaran Jersi Baru Sarawak di sini, semalam.

Wahab optimis dengan kemampuan skuad bimbingan David Usop untuk memberi saingan yang dilihat kompetitif.

Apapun katanya, sokongan peminat juga memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat pemain.

Dalam majlis itu, FAS turut melancarka­n tiga jersi yang akan digunakan sepanjang musim ini.

Warna merah kekal jersi utama untuk aksi di tempat sendiri manakala jersi kedua dan ketiga berwarna hitam dan hijau untuk perlawanan di gelanggang lawan.

Selain itu, FAS turut memperkena­lkan barisan pemain Sarawak termasuk empat import Mark Andrew Hartman dari Filipina, Lee Jong Ho

(Korea Selatan)

Demerson Bruno Costa (Brazil) dan Mateo Roskam (Croatia).

Sarawak akan ke Terengganu untuk memulakan saingan pertama Liga Super bertemu T-Team, Sabtu ini sebelum melayan kunjungan Pahang di Stadium Negeri pada 4 Februari depan.

(gambar),

Kuala Lumpur: Skuad Perak mendapat tonik terbaik menjelang perlawanan pertama Liga Super menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh esok apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenarka­n mereka beraksi di depan penyokong.

Hasil keputusan mesyuarat Jawatankua­sa Rayuan FAM semalam memberikan kegembiraa­n buat anak buah Karl Heinz Weigang serta penyokong Bos Gaurus apabila hukuman beraksi tanpa penyokong dalam tiga perlawanan dikenakan ke atas Perak sebelum ini dikurangka­n kepada dua perlawanan.

„ Wahab percaya dengan kebolehan anak watan pacu cabaran Sarawak

Bagaimanap­un pengerusi jawatankua­sa itu Datuk Gnanarajah C Ayathurai memaklumka­n denda dikenakan kepada PAFA, RM47,500 dikekalkan.

“Perlawanan Perak tanpa penonton adalah aksi Liga Super menentang Melaka pada 4 Februari depan dan aksi mereka menentang Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia atau SAMB FC dalam kempen (pusingan kedua) Piala FA pada 15 Februari.

“Jadi, perlawanan pertama Perak bagi musim baru Liga Super 2017 dibenarkan dengan kehadiran penonton pada 21 Januari iaitu Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu semalam.

 ??  ?? PEMAIN Sarawak pada Majlis Pelancaran Jersi Baru, semalam.
PEMAIN Sarawak pada Majlis Pelancaran Jersi Baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia