Harian Metro

Menang atau curi satu mata: Idris

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Melaka United bukan saja perlu menang ke atas Kelantan di Kota Bharu esok, malah juara Liga Perdana itu harus memastikan tidak tercicir sebarang mata sepanjang pusingan pertama Liga Super jika mahu memenuhi sasaran menduduki kelompok teratas musim ini.

Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) Datuk Seri Ir Idris Haron berkata, kemenangan ke atas The Red Warriors amat penting namun jika tidak mampu, sekurang-kurangnya skuad kendalian jurulatih Eric Williams itu perlu membawa pulang satu mata.

Katanya, pemain tidak seharusnya menanti pusingan kedua untuk bangkit atau mengutip mata maksimum bagi memenuhi sasaran pasukan sebaliknya perlu bermula dari aksi pertama.

Menurutnya, kemenangan peringkat awal pastinya meningkatk­an keyakinan pemain untuk memastikan mereka kekal dalam kelompok atasan Liga Super.

Justeru, beliau mengharapk­an pemain Melaka mampu memberi perkhabara­n ceria dalam tiga pertemuan awal.

“Saya mengharapk­an aksi persahabat­an pramusim termasuk kunjungan ke Kemboja selain perlawanan berdepan skuad Liga FAM, Liga Perdana dan Liga Super baru-baru ini mematangka­n persefaham­an serta corak permainan pasukan.

“Sudah pasti saya mahu mereka menjadikan pengajaran dalam setiap perlawanan berkenaan dan sentiasa berfikiran positif untuk merangka kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pengurus Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, beliau menuntut komitmen pasukan dalam tiga perlawanan pertama berdepan Kelantan, Selangor dan Perak.

 ??  ?? AKSI pemain Melaka United, Amri Yayah (tengah) cuba melepasi pemain FELDA United pada perlawanan persahabat­an.
AKSI pemain Melaka United, Amri Yayah (tengah) cuba melepasi pemain FELDA United pada perlawanan persahabat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia