Harian Metro

Nazir lepas jawatan Presiden FAP ‘Fikir semula Tunku...’

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ TMJ disaran pertimbang semula jawatan Presiden FAM demi bola sepak negara

Georgetown: Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff mengumumka­n peletakan jawatan berkuat kuasa serta merta, semalam.

Pengurus Pulau Pinang Zairil Khir Johari ketika dihubungi mengesahka­n perkara berkenaan.

Beliau berkata, musim lalu Nazir Ariff pernah menyatakan hasrat mengundurk­an diri kerana tidak ingin menerajui FAP selepas tiga tahun.

Katanya, antara kejayaan dibawa Nazir Ariff sepanjang menduduki kerusi nombor satu FAP adalah menerajui Pulau Pinang untuk bersaing di Liga Super dari Liga Perdana.

“Saya menjadi pengurus Pulau Pinang atas jemputanny­a dan amat menghargai serta menyanjung tinggi segala apa yang beliau korbankan sejak dulu.

“Saya juga sudah berjumpa dengan Nazir Ariff hari ini dan beliau memaklumka­n mengenai peletakan jawatannya,” katanya.

Zairil berkata, FAP amat menghargai jasa Nazir Ariff dan sebagai pengganti melalui Perkara 25 perlembaga­an persatuan, tugas presiden akan dipangku Timbalan Presiden Laurence Loh sehingga pelantikan baru.

“Buat sementara waktu, tugas beliau akan dipangku Laurence dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarka­n FAP esok (hari ini),” katanya. Kuala Lumpur: Ahli Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi bersedia merebut jawatan lebih tinggi - Timbalan Presiden andai mendapat sokongan ahli gabungan pada Kongres FAM Ke-53 Mac ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) itu berkata, walaupun baru sepenggal berada dalam barisan Exco beliau percaya boleh terus memberikan sumbangan bersama badan induk itu.

“Ada beberapa negeri yang bercadang mencalonka­n saya dan saya terbuka dengan cadangan itu. Jika ada sokongan saya akan terima dan jika tidak ada, saya pun ‘sedar diri’.

“Untuk meramal mengenai jawatan Timbalan Presiden sekarang agak susah kerana tumpuan sekarang kerusi presiden

(gambar)

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim disaran memikirkan semula keengganan­nya dicalonkan untuk kerusi nombor satu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat kongres ke-53 pada 25 Mac ini.

Menghormat­i pendirian Tunku Ismail yang mahu mengelak sebarang konflik kepentinga­n membabitka­n pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) jika dipilih Presiden FAM nanti, pemilik kelab berkenaan diseru mempertimb­angkan keputusann­ya itu.

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, kemerosota­n Harimau Malaysia dan kegagalan sistem bola sepak negara hanya boleh diubah jika Tunku Ismail dilantik ke jawatan itu berdasarka­n perubahan dilakukann­ya sepanjang memimpin Johor DT.

“Kita sudah mundur berbanding pasukan lain terutama Thailand dan Vietnam yang jauh meningkat termasuk prestasi pasukan kebangsaan mereka serta sistem liga di kedua-kedua negara itu.

“Malaysia pula makin ketinggala­n dan agak sukar untuk berubah biarpun ada usaha dilakukan, tapi tidak berhasil.

“Individu yang layak dan berkemampu­an hanya TMJ. Pencapaian­nya di Johor DT membuktika­n ketokohan beliau amat diperlukan bagi mengubah landskap bola sepak negara secara menyeluruh.

“Walaupun kita sedar kasih dan sayang TMJ kepada Johor DT cukup tebal, demi negara saya percaya seluruh penyokong di Malaysia tidak kira dari negeri mana mahukan beliau

FAM.

“Ini peluang TMJ untuk memperbaik­i semua sistem bola sepak kita dari peringkat bawah hingga atas yang didakwanya mengamalka­n sistem lama sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Berbaki tiga hari sebelum kesemua nama calon dikumpulka­n, senarai akhir akan diumumkan FAM pada 20 Februari depan sebelum bertanding pada Mac ini.

Berdasarka­n perkembang­an semasa, Tunku Ismail dilihat calon hangat untuk memenangi kerusi Presiden FAM walaupun beberapa nama turut dikaitkan berminat mencabar jawatan itu.

Antara nama lain yang mungkin bertanding bagi calon presiden adalah Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan pemilik kelab Inggeris Queens Park Rangers Tan Sri Tony Fernandes.

“Saya harap biar TMJ memenangi jawatan itu tanpa ada pertanding­an. Kita beri beliau masa sekurang-kurangnya 10 tahun bagi mencorak semula bola sepak Malaysia, sekali gus kembali menggegar arena antarabang­sa,” katanya.

menerajui

 ??  ?? TUNKU ISMAIL calon tepat terajui perubahan bola sepak negara.
TUNKU ISMAIL calon tepat terajui perubahan bola sepak negara.
 ??  ?? NAZIR
NAZIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia