Harian Metro

Urus keluarga tanpa pembantu

- DARI MUKA 1

Penonton boleh lihat Che Ta tampil tanpa mekap dan bulu mata palsu

“Sudah lama sebenarnya Astro melamar saya dan keluarga untuk menyertai program The House. Namun, disebabkan sibuk dan jadual yang padat menyebabka­n perkara itu terpaksa dilupakan.

“Apabila mereka membuat tawaran sekali lagi dan sudi mengikut jadual saya dan suami serta bayaran yang bersesuaia­n, barulah saya terima.

“Jika diikutkan tempoh ‘berkurung’ di The House lebih dua minggu tetapi mereka pendekkan kepada lapan hari,” katanya.

Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta berkata, soal bayaran yang diterima bukanlah kerana materialis­tik semata-mata, tetapi jika difikir dari segi logik akal, ia bersesuaia­n dengan apa yang dilakukan.

“Saya terima tawaran bersebab, daripada saya kongsi kisah kehidupan di laman Instagram (IG) tanpa dapat apa-apa bayaran, apa salahnya saya terima tawaran daripada Astro.

“Lagipun, seperti yang sering dilihat di Instagram, tidak semua kisah hidup saya dan anak dikongsika­n. Boleh dikatakan hanya 30 peratus saja yang saya kongsi, selebihnya saya simpan untuk diri dan keluarga saja,” katanya.

The House musim ketiga menampilka­n kehidupan Che Ta dan Zain Saidin dalam menguruska­n tiga anak mereka iaitu Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.

Program ini akan menemui penonton bermula 25 Januari ini di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap Rabu jam 9.30 malam.

Berkongsi pengalaman barunya menguruska­n rumah tangga dalam program ini, Che Ta berkata, penonton akan melihat sendiri dia menguruska­n anak tanpa pembantu.

Di samping itu, Zain juga akan sama-sama melakukan aktiviti tanpa gajet yang belum pernah dicuba oleh anak lelakinya.

Penonton juga boleh melihat Che Ta tampil dalam gaya yang santai tanpa mekap dan bulu mata palsu serta akan memasak untuk keluargany­a. -Syanty Octavia Amry

 ??  ?? CHE Ta bersama Ammar (kiri), Aniq (kanan), Zain dan Aaisyah.
CHE Ta bersama Ammar (kiri), Aniq (kanan), Zain dan Aaisyah.
 ??  ?? ZAIN turut melakukan aktiviti tanpa gajet bersama
Ammar dan Aniq.
ZAIN turut melakukan aktiviti tanpa gajet bersama Ammar dan Aniq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia