Harian Metro

Tiada istilah terlewat

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Kehadiran ramai pendatang baru tidak membimbang­kan bekas peserta prelude Akademi Fantasia (AF) 3, Azlif untuk tampil dengan single pertama.

Biarpun mengambil masa hampir 12 tahun untuk kembali mewarnai industri muzik, Azlif atau nama sebenarnya Azlif Suhaizad Abdullah, 35, tidak menyesal dan yakin dengan percaturan yang dilakukann­ya.

Baginya, dia tampil untuk berkongsi muzik yang diminati bersama masyarakat dan bukan hendak mengejar populariti semata-mata.

“Saya sedar mungkin ada yang bertanya mengapa baru sekarang hendak kembali, bagi saya tiada istilah terlewat asalkan semangat itu ada.

“Walaupun ramai pendatang baru yang muncul masih muda, usia bukan halangan untuk saya bersama-sama dengan mereka.

“Apa yang penting, saya mahu peminat sama-sama mendengark­an muzik yang saya bawa,” katanya.

Tampil dengan single berjudul Pencundang Cinta ciptaannya dan mendapat sentuhan penulis muda iaitu Jas, Azlif masih kekal dengan konsep rock yang diminatiny­a.

Baginya, muzik rock tidak pernah padam walaupun akan hadir lebih banyak genre muzik yang lain.

“Lagu ini berkonsepk­an pop rock. Saya terapkan elemen rock kerana yakin peminat muzik ini masih tetap ada.

“Lagu ini juga saya kongsikan bersama pendengar untuk mereka menghayati barisan liriknya yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk semua,” katanya.

Sibuk menyanyi di beberapa kafe dan hotel di sekitar Johor Bahru, Azlif belum berhasrat berhijrah ke Kuala Lumpur.

Selain menyanyi, Azlif juga aktif dengan perniagaan hartanah di sana menyebabka­n dia sukar hendak ke manamana.

“Saya akui sudah selesa dengan kerja yang dilakukan. Namun minat yang begitu kuat terhadap nyanyian membuatkan saya masih aktif menyanyi di kafe dan hotel di Johor.

“Andai rezeki kemunculan semula ini membuahkan hasil, saya bersyukur dan tidak akan meninggalk­an perniagaan yang sudah ada.

“Jika gagal, saya akan terus mencuba lagi sehinggala­h orang sedar kehadiran saya ini,” katanya.

Azlif tampil dengan single Pencundang Cinta selepas 12 tahun

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia